KLIK KLIK

nuffnang

Friday, December 17, 2010

best ke guna GPS???




MALU bertanya sesat jalan. Ungkapan ini sering terpacul daripada mulut orang lama ketika memberi nasihat kepada golongan muda agar tidak sombong atau meninggi diri sekiranya tidak mengetahui sesuatu perkara.
Kebetulan, ia juga sesuai digunakan untuk situasi ketika seseorang memandu kenderaan ke destinasi kurang diketahui jalannya.
Bagaimanapun, perkembangan teknologi banyak membantu memudahkan lagi para pemandu tanpa perlu berhenti berkali-kali untuk bertanyakan petunjuk jalan.
Ini termasuklah pembangunan teknologi alat bantuan navigasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang memberi kemudahan navigasi kepada orang ramai.
Peranti berteknologi tinggi menggunakan teknologi satelit itu semakin mendapat tempat terutamanya penggemar elektronik dalam mencari arah destinasi dan jalan-jalan yang ingin dikunjungi mereka.
Ia dapat membantu pengguna dalam mencari sesuatu destinasi dengan lebih mudah dan berkesan, sekali gus menjimatkan masa terdedah kepada risiko tersesat dan sebagainya.
Menyedari peranti tersebut semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar gajet tempatan, syarikat M3 Asia Sdn. Bhd. telah memperkenalkan alat bantuan navigasi GPS terbaru untuk memenuhi permintaan pengguna.
Model terbaru Papago! H5600 mengenengahkan ciri-ciri teknologi terkini bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat hari ini yang semakin berdaya maju.


Skrin berdefinisi tinggi
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan M3 Asia, Lester Neil Francis berkata, kelainan ketara yang dapat dilihat melalui GPS terbaru ini adalah ia dilengkapi paparan skrin definisi tinggi (HD) membolehkan pengguna melihat paparan dengan lebih jelas dan mudah.
“Ia merupakan model pertama GPS Papago! yang menggunakan teknologi paparan skrin HD, malah mempunyai reka bentuk nipis dan bergaya untuk dimiliki pengguna.
“GPS tersebut juga mempunyai paparan skrin sentuh sebesar 12.7 sentimeter (sm) untuk memudahkan proses menaip dan memberi kepuasan kepada pengguna setiap kali mereka ingin mencari destinasi,” katanya ketika ditemui di Digital Lifestyle Expo 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain daripada itu, Papago! H5600 yang menggunakan sistem operasi Wince 6.0 juga dilengkapi mesej rangkaian trafik (TMC).
“Apabila laluan yang ingin dilalui pengguna berdepan kesesakan lalu lintas ciri TMC ini akan akan memberi laluan alternatif.
“Satu mesej akan dipaparkan jika ia mengesan kesesakan terhadap laluan asal sekali gus dapat menjimatkan masa pengguna,” ujarnya lagi.
Bagi mereka yang tidak gemar menaip pula, sistem pengaktifan arahan suara (Voice Command Activation) ditawarkan kepada pemandu.

Perpustakaan peta
Pengguna tidak perlu bersusah payah menaip tetapi hanya menggunakan suara untuk mengetahui destinasi yang hendak dituju.
Keistimewaan Papago! H5600 yang menggunakan perisian Papago! X7 Reality membolehkan peta kelihatan lebih terperinci dan topografi mudah difahami oleh pengguna.
Bahkan, perisian terbaru ini juga membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak peta dan rujukan tempat menarik atau Point of Interest (POI) kerana menawarkan perpustakaan menyeluruh.
Ciri-ciri itu termasuk Digital Elevation Model (D.E.M), tanda tempat tiga dimensi (3D) dan pandangan simpang.
Lester menambah, tanda tempat 3D dapat memberi gambaran sebenar bangunan dan lokasi yang ingin dikunjungi pengguna.
Katanya, pandangan simpang yang ditawarkan GPS itu pula akan memberi panduan kepada pengguna mengenai simpang-simpang dilalui mereka.
Dari segi multimedia pula, Lester menambah, Papago! H5600 didatangkan bersama pemain multimedia yang serba canggih.
“Pemain multimedia ini dapat menyokong fail yang mempunyai format MP3, WAV, WMV, WMA dan banyak lagi.
“Ia juga mempunyai picu kad SD bagi mereka yang ingin melihat gambar dan filem dengan menggunakan GPS ini,” katanya lagi.
Selain daripada peta Malaysia, GPS tersebut juga menawarkan peta Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand bagi mereka yang gemar mengembara.
Katanya, produk yang dihasilkan oleh Maction Technologies Inc. itu dijual pada harga RM799.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk berkenaan pengguna boleh melayari laman web www.m3asia.com
sumber:kosmo





daku pon ada guna GPS..
sama gak brand PAPAGO
bukan kes best ke x...
tapi takut sesat....
pastu boleh jimat masa klu ke tempat yg kita x tau jlnnya
klu da tau jln tu..
x yah la guna GPS lagi...
gerenti menyesal..hahaha

ni la GPS kami...





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs