KLIK KLIK

nuffnang

Friday, August 27, 2010

apa aku nk buat erk

dah nk raya ni

aku bercita2...

nk goreng kulit popia(ni kuih raya versi mls)paling senang sekali

nk cat dinding rumah sikit..belah bwh je

nk psg langsir baru yg bru mak adjust(lgsir da beli 3 thun kat warehse sale metrojaya)tp x prnh guna

biler ensuami nk bwk kuar beli baju raya+kuih raya?????

nk gantung cermin besar ni kat dinding yg SIL bagi..tp xde drill plak..sob sob sob

biler plumber nk betulkan flush air kat bilik2 air rumah ni(kena raya dgn flush rosak-tensen)

mak bg tikar getah baru dr rumah pagoh yg bru renovate-tp x amik lagi cner nk gnti..huhuhuhu



dah lah nk msk....ngeeeeeee



bosan

x tau nk buat apa
nk chat dgn zarina..asik dc je
nyampah aku

hr ni ensuami ada koje
balik lmbat kot
aku buka pose sorg ler
mkn telur je la...
no hal punyer...ni style bujang2 dulu
lma da x mkn telur goreng mata kerbau
campur dgn bwg dgn cili...hmmmm...best gak...

jap lagi nk strt msk da....
hr ni langgar pantang..hahahah
mkn nasi...
mls nk goreng mee...
klu dtg rajin kang msk la mee sekali...


Tuesday, August 24, 2010

ayam panggang versi ensuami



al-kisah kan aku pindah x bwk brg byk
da weekend lepas ni adik aku balik
so aku pon suh la dia bwk brg2 aku mna yg dia dpt kan
ye lah balik pon nek kete kancil comei je
mna dpt nk bwk brg byk
nk bwk brg kawen2 dia lagi
so aku cop la kat dia suh dia bwk oven..hehehehhe

org yg paling suka sekali ensuami la
da lama dia ngidam nk mkn ayam panggang dlm oven sekor
xmo potong2 k
nk sekor gak...
aku lyn kan je la...
semlm bukan men excited g kedai beli ayam
selama ni x pernah nk bersihkan ayam 
gara2 nk panggang sekor tetiba jadik rajin plak kan

aku cuma sedia kan rempah2 dia je
yg tumbuk dlm lesung pon ensuami gak...
terover excited sebab ensuami lapo sgt kot
satu hri smlm dia CB(cirit birit)..heheheheh

actually aku pon x tau nk buh apa perap ayam tu
men balun je la apa yg ada..heehehh

perjalanan ayam panggang ensuami...

.
.
.
.
.
.


baru siap kena perap



sibuk nk gak enterframe



terkangkang ayam ni



da siap...tp time snap picca ayam da kena mkn..huhuhu...

gmbr sumer ensuami yg amik...
sibuk nk buat kenangan la tu
xpon tunjuk dgn adik badek dia..hahahahaha
mcm la bini dia ni rajin sgt..huhuuhu...

dan sadisnya..
1st time la katakan...
x tau nk brp lama aym ni msk kan...
masuk je ayam ni dlm oven 
ensuami duk la kat tepi aven tu...
excited benor...
x mo tgl kan oven...
so lama la dia duk tepi oven...

ayam ni msuk oven pukul 530
pastu da buka pose pon ayam x msk2 lagi..haahhahaah
aku banatai pisang goreng dulu..hheheeh
pukul 830 bru ayam ensuami ni msk sepenuhnya..
masing2 x tau nk agak timing
cobaan...hahahahah...

nx time dah tau da...
nk timing tu caner...kan
nk bukak temp tgi sgt takut luar hitam dalam x msk...
hahahah
tah pape tah...
janji ayam tu sedap...ekekekekek....




Monday, August 23, 2010

buka puasa last weeknd

rasanya da lama update blog ni
weekend lepas ni aku balik kg
sumer ada except adik aku yg tgh praktikal kat klinik desa tu
yg len sumer ada....
aku mcm biasa balik hr jumaat dgn ensuami
kali ni kitaorg balik pagoh je
sbb rumah tu kan bru je siap renovate
so sumer org excited nk tido rumah tu termasuk mak aku..hahahha
mcm rmh baru plak kan
lagi pon ada byk keje lagi nk buat
nk repair balik simen yg pecah2 time derang psg tile
pastu nk cat pintu...nk cat grill..mcm2 la....

so hari jumaat tu buka mcm biasalah
mak msk rendang ayam siap2..
pastu tekak ensuami mesti suka la rendang 
sbb sibuk tanya resepi nk buat rendang
aku???buat2 x tau..hahahahh
mak pon ajar la ensuami...
aku buat2 x dgr...ekeekekekek

esoknya kami plan nk buat BBQ
tp kena tgu adik aku lagi sorg balik dgn tunang dia
derang gerak dr KL lepas derang balik keje
smpai2 je si firdaus la yg kena panggang ayam dgn lamb tu..hahaahha
aku tukang tgk je...
ensuami tlg jga bara..hahahah
picca2 aym2 tu sumer x de
pasal sumer org mls nk amik gmbr...

next week tah lat mana plak nk buka puasa
kat rumah je kot..ahhahaah





Tuesday, August 17, 2010

suka shopping itu sakit mental??


Ketagih berbelanja

TIBA sahaja Ramadan, ramai yang memperkatakan soalan kesihatan fizikal. Kemampuan berhadapan dengan diet dan penyakit sering menjadi ukuran puasa yang sempurna. Namun, bagaimana pula dengan anda yang diserang penyakit dalam diam. Lebih-lebih lagi ia memerlukan kekuatan mental untuk melawan penyakit ini. Hakikatnya, inilah yang dialami oleh umat Islam menjelang Aidilfitri. Semuanya gila berbelanja kerana ingin bergaya di hari raya dan mengejar jualan murah. Tidak cukup itu, orang ramai berpusu membeli juadah berbuka di bazar Ramadan.

Menyentuh isu gila berbelanja atau istilah biasanya shopaholic, teringat sebuah filem mengenai seorang gadis yang berhadapan dengan penyakit mental ini.

Masakan tidak, watak sebagai seorang gila berbelanja bernama Rebecca ternyata dekat sekali di hati kebanyakan wanita di seluruh dunia yang menjadikan beli-belah sebagai terapi nafsu bergaya paling mujarab.

Menerusi Confessions of a Shopaholic, watak heroin, Rebecca dibelenggu hutang kerana tabiatnya yang gila berbelanja.

Wanita ini juga sanggup menipu demi memenuhi kehendaknya.

Dalam filem tersebut, Rebecca mendapatkan rawatan dengan menghadiri kaunseling kelompok.

Apa yang tersirat di sebalik filem itu, masyarakat tempatan kurang prihatin terhadap kesan penyakit mental tersebut.

Fenomena ini berlaku menjelang musim perayaan apabila semua ingin mempunyai pakaian, aksesori, perabot yang baru.

Selain dibelenggu hutang, shopaholic boleh menyebabkan kita menjadi stres, cemburu dan hubungan suami isteri renggang.

Menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Profesor Madya, Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah, dalam konteks ini, seseorang itu hilang kawalan dan ketagihan berbelanja.

Golongan ini sering berbelanja secara berlebihan dan berterusan sehingga memudaratkan diri mereka dan orang sekeliling. Tidak kira lelaki atau perempuan mereka boleh diserang penyakit mental itu.

Pelbagai alasan kenapa gejala ini berlaku. Pada awalnya, ramai yang menganggap ia satu keseronokan untuk menghilangkan kemurungan diri. Namun, mereka akan terus berbelanja dan berbelanja tanpa menghiraukan akibatnya.

Misalnya, kenapa orang membunuh diri? Mungkin kerana tekanan, kemurungan atau marah. Begitu juga dengan shopaholic yang dengan berpunca masalah dalam diri.

"Ketidakmatangan diri untuk mengawal nafsu dan kemahuan tanpa menyedari akibat daripada tindakan sedemikian mengikut lunas agama. Amat penting untuk membezakan keperluan dan kemahuan," jelas beliau.

Pada musim perayaan, ramai yang berbelanja kerana pengaruh rakan-rakan. Misalnya, membeli kerana didorong sikap tunjuk-menunjuk.

Ramai yang sanggup berbelanja lebih daripada kemampuan kerana tidak mahu kurang daripada orang lain.

Berhubung isu ini, faktor persekitaran turut menyumbangkan kepada gejala ini. Selain pesta membeli-belah dan karnival jualan murah, ramai yang mengambil kesempatan penggunaan kad kredit.

Sehubungan itu, masyarakat tidak menyedari kesan yang dihadapi akibat shopaholic.

Seperti yang berlaku dalam filem, Confessions of a Shopaholic, tabiat ini menyebabkan bebanan hutang yang melampau.

Apabila tekanan datang kemudian, ia secara tidak langsung menyebabkan penyakit mental yang lain seperti murung, menipu dan rasa tidak tenteram.

Masalah ini juga akan menyebabkan hubungan keluarga keruh. Kebiasaannya, masalah itu berpunca daripada kedudukan kewangan yang dihadapi khususnya mereka yang sudah berkahwin. Seperti kes Rebecca, dia akhirnya sanggup menipu orang lain dan mengetepikan kawan baik sendiri. Hubungannya dengan orang sekeliling akhirnya tidak baik.

"Lunas agama telah menyatakan dengan jelas tentang gila berbelanja hingga berlaku pembaziran. Apatah lagi, jika berbelanja tidak mengikut keutamaan sehingga tiada simpanan. Masalah kewangan akan dialami selepas musim raya. Ini akan mengakibatkan stres jika perbelanjaan pendidikan anak-anak pun tidak dapat disediakan," ujar beliau.

Bagi mengatasi masalah ini, Dr. Haslee menasihatkan orang ramai mengubah tingkah laku.

Kebanyakan pesakit mental tidak tahu bahawa penyelesaian bermula daripada diri sendiri.

"Isu ini ada kaitan dengan pengurusan kendiri, disiplin kendiri, kawalan kendiri dan kematangan psikologi. Individu terbabit perlu disedarkan bahawa mereka masih belum matang sebab hilang kawalan berbelanja mengikut hawa nafsu. Agama kita sangat indah dan mengajar kita membentuk jati diri yang matang, mengerjakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang menggunakan akal fikiran sendiri tanpa paksaan atau pemantauan mana-mana pihak," jelas beliau.




*credit tu utusan


Saturday, August 14, 2010

weekend

hari ni 1st weekend pose ye...
xde buat apa..
ensuami harus bgun lmbt..hahahahah
klu x nanti dia lapar...
x pon dia men game nk alih kan arah kelaparan
aku mcm biasa duk depan laptop ni layan  berukband ni
kdg2 ok kdg2 x

ni baru je balik dri pasar ramadhan
dekat je
1st day hr tu jln kaki je pegi...
hr ni aku mls nk jln kaki
nek motor je berdua..hahahaha
b4 kuar td sempat chat dgn zarina jap
story mory the morning glory
lama da x chat..hehehheh

beli apa?
pose kali ni ada cita baru...
weekend je aku mkn nasi
weekdays aku x mkn nasi..mkn la mee goreng ke
kuih muih ke....hehheheeh

memandangkan hri ni boleh mkn nasi
so aku nk mkn nasi kerabu
pastu nk mkn goreng cempedak...

ensuami pon sama mkn nasi kerabu gak
pastu beli gulai kawah
smlm beli sup gear box...
mhl giler dan ensuami da banned kedai tu
hahahhha....
1 ketul tulang rm2..ensuami amik 2 ketul
da ketulan nya kecik beno
buat selit gigi je
pastu campur dging sikit 
total rm8....
terkejut beruk kami...
da nk mkn beli je la kan...
klu kat kl 1 ketol beso pon dlm rm6 je la...
mahal mahal....

yg sakit hati tu...
ada yg tawar la tah pape rasa...
buat nk meniaga...
mcm aniaya org berpose je kan....
x baik tau
msk kena lah dgn hati yg ikhlas
bru la sedap....



Thursday, August 12, 2010

kisah 1st day puasa

alhamdulillah kan
smlm da selamat 1st day pose...
smlm gak hujan lebat..mendung je kat sini
smpi kan bosan gak x tau nk buat apa...
nk msk x mkn
tgk tv xde citer best
last2 ensuami ajak kuar g larkin
g crik usb cable
nk try la sbb berukband ni asik buat hal

tup tup bunyi tepon
kwn lama aku call
last aku call dia hr tu msa jemput dia dtg rumah kenduri tunang adik aku
tp time tu dia kat HSI
ank kecik dia msuk hospital
nama dia zura
dia ada sepsg ank
ank yg kecik dia lelaki x smpi 5 thun lg umur dia
hr tu suspek sakit kanser perut
rupanya bru dpt kesan ank dia sakit kanser saraf
aku jrg betul dgr penyakit ni
klu kanser tulang aku tau la...
skrg da stage 4 da..
induknya dlm perut sbb tu la suspek 1st2 tu kanser perut
skrg da serang sendi2 dia...
serang lutut,buku lali...
alalalala....dgn kimoterapi lagi..
sdgkan org besar pon kalah dgn limo
apalagi bebudak kan...

sabar la zura...
ALLAH syg ko..
ada bhgian ko nanti...
ko ni jenis happy go lucky
x prnh tgk ko sedih w/pon ko sedih sgt sbnrnya
ketawa je..dgn lawak2 bodoh ko tu

aku doakan ank ko cepat2 sihat...
kuat selalu nk lawan penyakit dia...
ko dtg HSI nti bg tau aku lerr..
xpon lepak rumah aku ni yer....



Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan


salam ramadhan sumer...
semoga ramadhan kita kali ni lebih diberkatiNya
amin....







Monday, August 9, 2010

wasiat



tetiba aku nk buat wasiat kat ensuami dgn kata2 je la...
mna tau tetiba ajal aku kan...
aku bitau ensuami
kete comel aku jga elok2...nk jual pon boleh klu x pki
rumah kat ampang sewa kan kat org..pastu jgn lupa kutip sewanya
moto aku..aku bg kat ayah...
duit ptptn aku ada hutang lagi...(klu meninggal htg burn ke?)
pastu yg penting..kang chk blog aku ni klu x jumpa no tepon zarina dlm hset aku
kat dlm blog ni crik je la yg suka komen dgn msuk chat box aku tu...heheheh
sbb aku htg dia RM26...
hasil jual baju kat pinkbiru..heheeheh

zarina..bg la no akaun maybank ko tu...ehehehehhe....
boleh la aku trf duit ko....

**wasiat yg last ni ensuami bising psl dia kta...
asal x byr?...chatting lama2 pandai...hutang x mo byr....huhuhuu....
eleh....cner aku nk trf..zarina x mo bg no akaun dia....hahahahah

gaji minimum rm800????

lama rasanya x baca paper on9 
gara2 berukband ni..huhuhu....
td dpt bca paper..pastu mcm tertarik je dgn artikel
gaji amah indonesia minimum rm800
wahhhh....byk nyer...
minimum plak tu...
gaji org keje gomen pon still ada yg rm700 ke bwh skrg tau...
tapi request tu x lulus pon
sbb negara kita pon ada undang2...ttg gaji...

ensuami punyer kwn punyer wife yg ngajar kat smart reader jb ni pon gaju rm700 sebulan
kayo lah derang klu mcm tu kan...hehheh

aku bukan nk dengki sgt dgn derang
tapi mcm biasa lah
manusia ni ada yg baik..baik sgt
yg busuk hati..tersgt la busuk kan
klu yg keje smpi x de waktu rehat mcm kuli batak tu worth it la dpt rm800 sebulan kan...




Saturday, August 7, 2010

lama x conteng blog

lma rasanya x conteng blog ni
busy?????
ye ke...
last week aku balik kg seminggu
sbb nk tlg parent renovate rumah
jgn slh phm...
bukan aku yg renovate
sah2 la upah org buat
tugas aku????
monitor adik ku balik sekolah time ayh ku x de
ye la nk ulang alik melaka muar amik msa tau

pastu campor plak berukband ni buat hal..
mana la msa aku nk update sumer..
huhhuu...
sedih tau...
x caya tanya zarina..
kami ber sms je tau
sbb x dpt gusip kat ym...heheheheheh....

dgn pinkbiru lagi x terurus...
huuuhuhh....
xnmpk pon klu bukak blog...
nk loading bukan men lembap...
tu blog aku yg agak ringan..
klu yg heavy tu lnsg x boleh bukak....

skrg berukband ni mcm ok sikit
tah smpi biler plak gaknya...huhuhuhu
jap2 kang DC tensen gak aku....

time aku balik jb ni
rumah x siap renovate lagi
tp ayh suh aku balik dulu...
kang ensuami kurus sorg2 x jak aku
mana aci kan.....
kena lah kurus sama2....
kang seminggu dia balon maggi....
jumpa2 dah kurus
cner????




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs