KLIK KLIK

nuffnang

Friday, November 25, 2011

Resepi kondom


mcm pelik je kan tajuk tu..hihi
teringin gak nk tgk picca dia
tapi x de la plak....

skrg kan tgh ada masterchef malaysia kan...
mesti kena banned klu ada tajuk resepi camgini..
hihihihi

sumber: metro


BUNYINYA seakan pelik, nasi lemak ais krim, sup tulang pasta dan puding cili ketam.
Namun kali pertama merasa hidangan yang diubah suai mengikut cita rasa tukang masak, Alvin Leung, ia ternyata enak dan tidak mengecewakan. Malah setiap hidangan dipersembahkan dalam gaya yang cukup memikat. 
Sebelum menjamah hida�ngan, penulis membayangkan nasi lemak bersama satu penceduk ais krim atau ais krim yang disumbat nasi lemak di dalamnya. 

Namun sangkaan penulis meleset. Masakan kegemaran rakyat Malaysia ini diubah suai dengan gaya yang cukup kreatif apabila chef selebriti, Alvin Leung membuat ais krim menggunakan santan ditaburi ikan bilis dan kacang.


Begitu juga sup tulang yang diletakkan pasta bersama sos yang cukup enak, lari daripada kebiasaan sup berkuah serta puding cili ketam yang langsung tidak terbayang penghasilannya.


Ketika majlis pelancaran program masakan The Maverick Chef di Singapura baru-baru ini, gaya ‘gila’ itu menjadikan dirinya berbeza daripada tukang masak yang lain. Rambut panjang kebiru-biruan, berbaju hitam dengan gaya rock & roll serta tatu pada lengan menjadikannya bukan sekadar chef tetapi rocker jalanan atau juga hero yang diberi watak penjahat. 

Apa yang menjadikan Leung cukup menyerlah bukan saja pada penampilan tetapi pada resipi yang dianggap luar biasa. Dia berani mengambil risiko mengubah suai sesuatu masakan tanpa mencacatkan rasa dan bahan digunakan. 

“Setiap makanan mempunyai DNA sendiri, sama seperti manusia. Saya cuma melakukan pengubahsuaian pada bahan sama ada dengan menambah, mengurang atau menukar dengan bahan lain,” katanya yang dibesarkan dengan pengalaman dan kepakaran dalam bidang gastronomi molekul serta penciptaan semula makanan. 

Malah dia pernah mendapat jolokan ‘sex on the beach’ ha�nya kerana meletakkan kondom palsu merah jambu, diisi madu dan daging ketika menghidangkan makanan ini kepada tetamu pada majlis amal Aids suatu ketika dulu. 

“Tujuannya mudah, jika kondom yang dijual boleh dimakan sudah pasti tidak ramai yang sanggup membelinya. 

“Saya melakukannya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit Aids. Sebagai chef selebriti saya mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat,” katanya. 

Leung dilahirkan di London dan dibesarkan di Toronto, Kanada, mengakui bakat memasak lahir daripada bapanya yang gemar menghasilkan resipi. 

Ketika berusia 11 tahun dia mula memasak, pilihannya adalah pada masakan yang ringkas dan sedap. 

“Ramai yang menganggap ibu saya pandai memasak tetapi sebenarnya tidak. 

“Dia hanya mahir memasak mi segera sehingga saya muak menikmatinya. Ini kerana setiap hari pulang dari sekolah hanya makanan itu dihidangkan di meja,” katanya. 

Memiliki ijazah dalam bidang sains alam sekitar, selepas menamatkan pengajian, Leung berpindah ke Hong Kong untuk memulakan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dengan menubuhkan syarikat kejuruteraan bunyi seterusnya membuka tiga kilang dengan 300 pekerja. 

Anak muda ini akhirnya beralih bidang kepada kulinari makanan kerana lebih mencabar dan memikat jiwa. 

“Kejuruteraan adalah profesion yang memerlukan seseorang itu berfikir secara logik dan sistematik. Apa yang saya lakukan hari ini terutama dalam bidang perniagaan makanan membabitkan dua unsur ini manakala kreativiti datangnya secara semula jadi. 

“Ini kerana saya dibesarkan dalam era liberal di Kanada dan sedikit sebanyak ini menyumbang kepada apa yang saya lakukan pada hari ini,” katanya yang memiliki restoran Bo Innovation di Hong Kong. 

Pada Disember 2008, Bo Innovation memenangi anugerah Hong Kong Macau Michelin Guide dan dengan penghormatan ini, Leung menjadi salah seorang daripada chef di dunia yang dianugerahkan gelaran bintang Michelin. 

Bagi Leung, mengekalkan daya kreativiti dengan penghasilan resipi baru yang memukau adalah cabaran paling besar. Ini kerana kesabaran serta tang�gungjawab yang tinggi sangat diperlukan. Proses ini bermula apabila tukang masak itu sentiasa berfikir dan bersemangat untuk menghasilkan pelbagai resipi berbeza. 

“Namun ramai orang menjadi malas dan berhenti melakukannya tidak kira sama ada dalam bidang muzik, penulisan atau seni. Apabila tiada latihan me�nyebabkan setiap idea menjadi kaku dan ‘kejang’. 

“Justeru, pentingnya menjaga minda dan tubuh supaya dapat menghasilkan karya bermutu. 

“Selain itu, fizikal dan mental harus segar, deria harus berada dalam keadaan berjaga-jaga dan elakkan daripada tertekan. Ini kerana fikiran yang bersih dan bebas mampu menghasil�kan karya kreatif di luar jangkaan,” katanya. 

Tambahnya, pengalaman selama bertahun-tahun di dapur dan di meja makan, menyediakannya sebuah perpustakaan yang besar untuknya belajar. Ditambah pula dengan pengalaman melancong di banyak negara serta merasai pelbagai masakan menjadikan Leung lebih inovatif. 

“Namun untuk menghasilkan resipi yang kreatif saya memerlukan ketenangan dan biasanya waktu paling sesuai ketika berada di dalam kapal terbang kerana saya mempunyai 

banyak masa tanpa gangguan, “ujarnya yang menjadikan Graham Kerr, Alain Ducasse dan Ferran Adria sebagai idolanya atas keberanian dan kreativiti mereka. 

Sebagai pengusaha restoran, Leung tidak berada di restoran sepanjang masa kerana dia memerlukan masa untuk berehat dan menjaga kesihatan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs