KLIK KLIK

nuffnang

Thursday, December 8, 2011

Semakan Penama Simpanan KWSP `Online’


bagus gak kan klu ada sistem mcm ni
sumer hujung jari..hihihi
ye lah lagi2 mcm daku ni...
duk terperap kat rumah..
pastu dulu2 keje..
saper warisnya????
hihihihi....(mcm la byk sgt kan rete dlm kwsp tu)




Semakan Penama Simpanan KWSP Secara `Online'
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyediakan kemudahan untuk ahli menyemak penama simpanan KWSP mereka secara atas talian (online) bermula 1 Januari 2012.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kemudahan itu antara langkah KWSP meningkatkan kemudahan i-Akaun sekali gus mengalakkan ahli KWSP mendaftar i-Akaun.
“Kemudahan ini diperkenalkan bagi mengurangkan kes ahli yang terlepas pandang untuk mengemas kini penamaan mereka apabila berlaku perubahan besar dalam kehidupan seperti berkahwin, bercerai atau kelahiran anak.
“Kegagalan mengemas kini penamaan ini boleh menyebabkan orang tersayang menderita jika ahli meninggal dunia,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Nik Affendi berkata, ahli KWSP digalakkan menyemak butiran penama mereka seperti ejaan nama, nombor MyKad dan peratusan agihan kepada setiap penama apabila kemudahan online itu disediakan.
Menurutnya, jika ahli mendapati butiran penama dalam i-Akaun berlainan dengan borang penamaan asal maka ahli dinasihati mengunjungi cawangan KWSP terdekat dengan segera untuk membuat semakan.
Jelasnya, KWSP akan sentiasa merujuk kepada borang penamaan asal sebelum meluluskan permohonan Pengeluaran Kematian.
Katanya, sebagai tambahan kepada kemudahan ini ahli juga boleh memilih untuk memasukkan butiran penama  dalam penyata tahunan mereka mulai Penyata Tahun  2011 yang akan diedarkan pada tahun depan.
Mengulas perkhidmatan lain disediakan i-Akaun, Nik Afendi berkata, ahli boleh menyemak dan mencetak Penyata KWSP seberapa kerap yang diperlukan untuk memantau transaksi simpanan serta memastikan caruman mereka dibayar tepat pada masanya.
Katannya, menerusi sistem itu jua ahli juga boleh menyemak status dan rekod pengeluaran, anggaran amaun yang layak untuk pengeluaran dan mengemaskini alamat mereka secara online.
Malah, katanya, kemudahan i-Akaun juga disediakan untuk majikan menyemak senarai pekerja yang telah dibayar caruman untuk bulan tersebut dan rekod caruman mereka selain mendaftarkan pekerja baru.
Majikan juga boleh menyemak nombor KWSP pekerja, memuat turun borang caruman pra-cetak dan mengira dividen caruman bahagian majikan (untuk majikan Kerajaan), katanya.
“Mendaftar sebagai pengguna i-Akaun melibatkan beberapa langkah mudah dengan ahli hanya perlu mendaftar dengan mendapatkan Kod Pengaktifan di mana-mana Kios atau cawangan KWSP.
“Manakala Untuk majikan mereka perlu mendaftar melalui myEPF sebelum mendapatkan Kod Pengaktifan di cawangan KWSP pilihan mereka,” jelasnya lagi.


sumber : mynewshub
pssstt..x sabar nk tgu thun baru
boleh guna sistem ni online je...


2 comments:

Lin Azlina said...

betul tu....sokong sgt kalo buat online ni..sennag

ekinashikin said...

yup..kdg2 x de msa nk pegi opis dia..
sng klu dpt on9..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs