KLIK KLIK

nuffnang

Wednesday, August 31, 2011

salam aidilfitri 2011




sekejap je pose rasanya
da raya da...
daku skrg ada kat kg
line tenet agak terhad la..huhuhu

salam aidilfitri utk semua
stanby duit raya..hihi




selamat hari merdeka



selamat hari merdeka
selamat ulang tahun
semoga kemerdekaan berkekalan

salam aidilfitri jugak...



Sunday, August 28, 2011

dah smpi kampong


yea yea nk raya..
hihihi...
daku dah selamat smpi kampong da...
yahooo....
boleh buka sama2 famili...

pastu buat la apa yg patut...
baju melayu ayh x beli lagi...
nk pi crik la...
nk kuar pi bndar jap
crik baju ayah kaler kelabu...

good luck ekin!!!



mode : raya~


skrg ni mmg tgh mode nk raya
daku da strt cuti da...
org lain sibuk da kat kampong
daku masih lagi ada kat rumah jb ni
lom balik muo lagi

bru je tdi menjalankan operasi bersih rumah
ala kadar je
x de lah kang balik dri cuti seminggu ni bersawang
hahahahaha
so bersihkan sikit2 je
dgn bantuan ensuami

bukan senang ensuami nk sumbang kan kudrat dia
so ..thank you la...
dia kesian dgn bini dia tonggang tonggek dok bersih grill rumah gak nya
pastu terjengkit2 sbb x smpi..hahahahha

psssttt..rsa nk pi angsana...
tapi asik penuh je selagi x raya..huhuhu

dapat anak sedara baru


26hb Aug daku dpt sorg lagi ank sedara baru
baby boy
ank my bro in law...
selamat da bersalin secara ceasar sbb baby x mo pusing da....
huhuu
baby dgn mama dia sihat alhamdulillah
skrg yong mesti tgh diet
sambil berpantang
nak gak baby tu kuar b4 raya...
so yong x dpt mkn sedap2..hihi
tapi x pe pas ni boleh kurus ye....



Thursday, August 25, 2011

sahur koktail buah buahan je




hari ni sahur koktail buah buahan je ye
simple je..
ensuami suka yg manis2
tapi daku buat ni krg manis la...
x pasal2 kang kencing manis plak...huhuhuhu

resepi daku senang je
men campak2..
x cukup bhn pon sebenarnya..
tapi mkn je la

1 tin susu krimer ideal
2 cawan gula
1 cawan air
1 sudu teh vanilla esen
1 tin kotail buah..

campur gula+air
gaul sebati x payah tunggu mendidih
masuk kan susu+koktail+esen vanila
gaul rata..
pastu dah siap...hihih

mkn la apa lagi....

Tuesday, August 23, 2011

legoland in progress


picca taken time daku g site semalam
tu pon sebab ada scupper drain nk kena bukak..
huhuhu...panas time ni...
picca mmg kureng pasal henpon ciken brand



legoland in progress







perjalanan sabtu lepas


sabtu lepas daku balik kg
klu x kerana nak ambik rempeyek yg dah diorder
cnfm x balik sbb sabtu ni dah balik utk raya plak kan
kejap je rasa pose dah nak raya..hihi

sepnjg perjalanan balik kg sabtu lepas
cuaca lembap je
daku balik lepas balik keje
time tu x hujan lagi
smpi dekat susur keluar yong peng jln basah
cnfm baru lepas hujan
berkabus je
mcm rsa g cameron plak..hahahahah


berkabus je time tu

smpi kat kg
mak kta sepnjang hari asik hujan je
huhuhu....sejukkk....



Friday, August 19, 2011

botok ikan tenggiri

sejak pose ni..ensuami suku sgt mkn botok ikan
tapi botok ikan tenggiri
yg penting beli ye..
kat pasar ramadhan
bukan daku yg buat..hihi..

botok ni hasilnya dari hampas kelapa yg dah kena perah santannya
ni makanan khas jawa..
(patut la daku x reti masak)...kui kui kui



kemas je bungkusan dia


ikan di sebalik sayur2 yg diperap sama 


licin da ensuami baham..hihi


daku try godek2
jumpa resepi botok ni...

Bahan-Bahan:
3 keping ikan tenggiri @ 3 ekor ikan kembong
3 bungkus rempah kari ikan
5 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 sudu kerisik
3 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
* Dikisar
½ cekak pucuk bebuas
½ cekak pucuk kadok
½ cekak pucuk ubi kayu
½ cekak pucuk mengkudu
½ cekak pucuk puding
½ cekak daun cekur
2 helai daun kunyit - diracik
4 - 5 sudu pati santan
3 helai daun pisang untuk membungkus
Cara:
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Campurkan bahan yang dikisar dengan serbuk kari dan masukkan garam, gula, kerisik, air limau nipis, daun kunyit, pati santan dan digaul rata.
3. Semua pucuk ulaman dibahagi tiga dan disusun di atas daun pisang secara berasingan (untuk menjadikan 3 bungkus).
4. Rempah yang telah digaul dibahagi 3 dan diletakkan di atas pucuk-pucuk ulaman kemudian letakkan 1 ekor/keping ikan di atas rempah tadi selepas itu diletakkan lagi rempah di atas ikan dan tutup ikan dengan pucuk ulaman semula serta bungkus dengan daun pisang.
5. Kukus sehingga 15 - 20 minit. 
Cadangan Hidangan:
Lagi banyak pucuk ulaman yang dimasukkan lagi sedap rasanya dan lebih harum baunya. Amat menyelerakan. Selamat mencuba.


credit to pemberi resepi



Rawatan kanser payudara secara bukan pembedahan mengikut perspektif Pakar Onkologi Klinikal


Kanser payudara adalah antara masalah kesihatan yang paling biasa di kalangan wanita di Malaysia. Sebanyak 4500 kes baru di kenal pasti setiap tahun dan kemungkinan kanser payudara berlaku adalah 1 daripada 19 wanita sepanjang hayat mereka. Di Malaysia kekerapannya separuh daripada bilangan kes yang terdapat di  United Kingdom atau Amerika Syarikat yang menghadapi kes kanser payudara yang semakin meningkat. Kanser payudara adalah antara punca maut (daripada kanser) yang utama di kalangan wanita. Walau bagaimanapun di Amerika Syarikat terdapat kekurangan dalam kadar maut baru-baru ini. Ini adalah kerana pengesanan awal serta kemajuan dalam rawatan terutama sekali dalam penggunaan kemoterapi bagi kanser tahap awal. Oleh itu memang penting untuk memulakan program bagi pengesanan awal serta memahami opsyen mengenai rawatan yang wujud demi melihat kekurangan kes maut akibat kanser payudara di Malaysia juga.  
Secara umum, rawatan bagi kanser payudara termasuk: 
  1. Pembedahan  
  2. Radioterapi atau terapi radiasi
  3. Kemoterapi
  4. Terapi Hormon
  5. Lain-lain contohnya: Herceptin  
Pesakit mesti sedar bahawa mereka tidak akan dirawat oleh satu orang sahaja. Penyakit ini memerlukan beberapa jenis kepakaran termasuk patologi, radiologi, pakar pembedahan dan onkologi. Pembedahan masih merupakan rawatan utama, pakar onkologi akan mengendalikan terapi seterusnya. Pesakit mula-mula menjalani  X-ray atau skan dan tisu kanser mereka akan dikaji untuk ditentukan sebarang faktor risiko tinggi sebelum jenis rawatan yang terbaik dicadangkan. Pesakit kemudian akan diberitahu tahap kanser mereka sebagai awal (tahap 1 atau 2)atau maju/lewat (tahap 3 dan 4) kanser.
Kanser tahap awal bermakna kanser ini masih kecil dan terhad ke kawasan kecil. Kanser jenis ini senang dirawat tanpa pembedahan yang radikal. Tujuan rawatan jenis ini adalah untuk: 
  1. Membaiki kawalan setempat selepas pembedahan
  2. Meningkat kadar hidup
  3. Kurangkan kadar pulang semula kanser
  4. Menghalang kanser di payudara yang sebelah 
Kanser tahap maju terutama tahap 4 biasanya tidak dapat dirawat dan tujuan rawatan bukan untuk memulihkan tetapi untuk menjaga mereka dan mengawal penyakit. Ini bermaksud mengawal penyakit selama boleh dan mengurangkan kesakitan dan masalah kesihatan lain yang berkait. Secara umum rawatannya untuk meningkatkan mutu hidup bagi masa yang tertinggal.   
Memilih jenis rawatan selepas pembedahan bergantung kepada beberapa faktor. Ini termasuk tahap kanser, umur pesakit, sama ada pesakit tersebut telah putus haid, status reseptor hormon, serta laporan keadaan tisu. Terapi kombinasi sangat penting bagi mencapai kadar pulih yang tinggi dalam kanser payudara. Jadi memberi kemoterapi, radioterapi dan/atau terapi hormon bagi penyakit tahap awal tetapi risiko tinggi boleh meningkatkan kemungkinannya pulih.   
Di Malaysia lebih kurang 50% hingga 60% daripada jumlah pesakit yang hadiri di pusat perubatan adalah pada tahap I & II penyakit tersebut dan masih boleh di rawat. Walau bagaimanapun, lebih kurang 15-20% daripada pesakit mungkin tidak dapat dirawat jika mereka pada tahap 4 atau datang untuk rawatan lewat. Sebagai bandingan, lebih 80% daripada pesakit di United Kingdom dan Amerika Syarikat, jatuh dalam kategori dapat dirawat.  
Sebab para pesakit datang lewat adalah kerana beberapa faktor. Ini termasuk kekurangan kesedaran mengenai penyakit ini, lewat menjalankan diagnosis, pesakit mencari terapi alternatif atau takut akan hospital atau rawatan.  
Perkara terakhir yang membimbangkan adalah persepsi masyarakat umum mengenai rawatan kanser terutama mengenai kemoterapi dan radioterapi. Mereka menggunakan istilah seperti ‘radioterapi membakar/melecur kulit’ dan kemoterapi pula ‘membunuh sel buruk dan sel baik’ (dan akhirnya membawa maut) menjadikan si pesakit terlalu waswas mengenai menerima rawatan yang baik. Publisiti yang negatif seperti ini serta kurang kesedaran dan pemahaman mengenai kanser menggalakkan si pesakit mencuba rawatan alternatif sebagai rawatan pertama. Mereka mempercayai bahawa perubatan alternatif atau herba menyebabkan kurang kesan sampingan negatif serta menawarkan kadar pulih yang baik. 
Adalah mengejutkan bahawa sesetengah orang yang menjalankan rawatan alternatif adalah dari golongan berada dan mempunyai kebolehan mendapat maklumat terkini melalui internet serta sumber bacaan kanser yang senang diperoleh. Kumpulan ini biasanya membuat keputusan mengenai rawatan mereka berdasarkan sumber bacaan mereka serta pemahaman maklumat tersebut (atau boleh dikatakan salah faham) dan kemudian mencari rawatan alternatif yang menjanjikan rawatan tanpa kesan sampingan. Memang sedih untuk melihat kes wanita yang datang ke hospital selepas mencuba rawatan alternatif yang gagal pada tahap maju. Sebenarnya, jika mereka datang ke hospital untuk rawatan pada permulaannya dan tidak mencari rawatan alternatif, kemungkinan  besar mereka dapat dirawat. Wanita ini mengalami penderitaan yang boleh dielak dengan kanser yang membesar dan bernanah dan kemudian diberitahu oleh pengamal rawatan alternatif ini bahawa itu adalah satu perkara biasa dan adalah sebahagian daripada “proses pulih”.    
Oleh itu adalah penting untuk memastikan kempen kesedaran kanser berfokus bagi penyaringan dan pengesanan awal tetapi juga berfokus tentang keperluan terapi yang sesuai. Pengesanan awal serta rawatan yang patut menyelamatkan nyawa dan menjimatkan wang!
 

info dari rawatan

bad news tentang mak ngah


selama ni mmg mak ngah sakit..
x sihat...
last sekali tgk dia sihat pon msa time adik daku kawen 
december last year

awal thun time CNY
mak ngah & pak ngah dpt tau yg mereka ni ada yg 'dengki'
so, ada lah benda2 x elok yg kena buat pada family derang
alhamdulillah,semua dah settle
bila daku tgk video apa yg kena tanam kat rumah derang
mmg x sangka
kuat betul penangan sihir2 uilmu hitam ni
yg buat pon mcm dah x igt hukum tuhan da...

lebih setahun jugak mak ngah & pak ngah
sakit..batuk x baik2...sakit perut
sakit dada..rupa2 nya ada yg 'dengki'

part of dada mak ngah sakit dan ada mcm kudis
tapi lepas 'benda' x baik tu kena jumpa dan dibuang
mcm da elok sikit...
tapi lama2 sakit tu dtg balik...
mak ngah pon x mo jumpa doktor
dan igt dia sakit biasa je
smpi skrg da lebih kurang 7 bulan
sakit dia mkin teruk..
even x boleh nk bangun dan angkat tgn..
dada pon berkudis da bernanah..
just mkn pain killer je
buat dressing pon pgil doktor dtg rumah
(sakit tu mgkin da ada tapi bertambah teruk lepas di dengki org)

last monday her daughter bwk dia pegi KL
utk berubat
(byk kali ank2 dia ajak berubat tapi dia refuse sbb tkut nk jumpa doktor)
selasa mak ngah kena masuk wad kat hospital putrajaya
daku selalu doa semoga mak ngah cepat2 baik..

ptg selasa time da nk buka pose
mak call..mak kata mak ngah kena tahan kat wad
dan doktor btau makngah ada breast cancer...
terkejut...sbb kanser da thp ke 4
doktor kata x boleh nk buat apa
just boleh bg ubat je utk thn sakit
nk operate pon da x boleh
jaga je la selagi dia masih hidup

hari ni daku dpt tau dri mak
doktor kata estimate utk mak ngah cuma tgl 2 bulan je utk hidup
so sad..
daku rasa nk sgt jumpa dia
tkut x sempat...klu tangguh2

isnin nx week pak ngah akan bwk mak ngah balik rumah ank lelaki dia
boleh jaga dia..
sbb doktor da benarkan dia di bwk balik...

harap2 mak ngah akan dpt bertahan
daku doakan yg terbaik utk mak ngah sekeluarga...


p/s-mak ngah actually kakak angkat ayah daku
ayah dibesarkan oleh family mak ngah smpi la ayh dewasa & convert to islam
b4 nikah dgn mak
kami sekeluarga rapat dgn mak ngah 
mak ngah la yg tlg uruskan hal2 kawen daku dgn adik daku last year



Thursday, August 18, 2011

sinopsis - ramadhan terakhir



daku skrg senang hati plak follow citer ramadhan terakhir ni selain dri citer moreh..hihi..
kat bwh ni sinopsis ramadhan terakhir..
kredit to gua

DRAMA RAMADHAN, SLOT SAMARINDA : “Ramadan Terakhir” - (15 episod)
Setiap Selasa-Khamis, jam 10.30mlm, mulai  26 Julai.

Hashim merupakan seorang usahawan berjaya yang hidup mewah bersama isterinya, Mazni serta anak-anaknya Daniel dan Anna. Kehidupannya dahulu yang hanya mengejar kemewahan dan nikmat dunia mula berubah setelah dia disahkan menghidap penyakit kanser tahap kritikal. Kesal dengan dosa dan perangai buruknya selama ini, Hashim mula menjalankan ibadah sebagai umat Islam dan merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan keluarganya.

Apabila beliau cuba menasihati ahli keluarganya supaya bertaubat dan mengikuti jejaknya untuk membuka pintu hati kepada Allah, tiada siapa mengendahkan nasihatnya. Hashim berusaha menjejaki Khadijah, isteri pertama yang telah ditinggalkannya. Malangnya Khadijah telah meninggal dunia dan anak-anaknya kini hidup dalam kemiskinan.

Kehadiran seorang gadis solehah, Sakinah sebagai pembantu rumah keluarga Hashim memberi harapan kepadanya supaya Sakinah dapat memberikan contoh yang baik dan membimbing Mazni dan anak-anaknya ke jalan yang benar. Identiti sebenar Sakinah akan memberi kejutan kepada Hashim dan ahli keluarganya.

Apakah Hashim mampu merealisasikan impiannya untuk melihat ahli keluarganya berubah sebelum ajalnya? Sama-sama kita menonton drama lakonan Esma Daniel, Fazlina Dato Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril dan Eyka Farhana pada setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam mulai 26 Julai 2011.



Wednesday, August 17, 2011

alaaa..x jadik rupanya yusry kahwin dgn lisa

propa je lebih...
arghhh..tertipu je rasa..
apa motif???huhuhuhu....

yusry nafi kahwini lisa

tapi klu betul jodoh derang pon apa salahnya...
kan..kan..

kredit to abg nara



Tuesday, August 16, 2011

yusri dan lisa surihani bakal berkahwin tahun 2012


OMG! mmg teruja..
mcm kita plak nk kawen..hihihi
mcm x sabar nk tgu lisa surihani dgn yusry ni jadik pengantin...
mesti cantik...dan hensem...


semoga ada jodoh dan berkekalan lah hendaknya...
aminnnn....

Jakim sahkan mentega haram




KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama


sumber - kosmo


Monday, August 15, 2011

kad kahwin ashraff muslim

uniknya..
rsanya x pernah nmpk lagi seumur hidup daku
ni la 1st time nmpk kad mcm ni...
100% dalam jawi...
tempah kat negara jiran indonesia kan...
so cantik & unik...


kad kahwin ashraff muslim

ashraff dan pasangan akan bernikah di mekah 1 syawal ni..
moga2 persiapan berjalan lncar
jodoh kekal ke akhir hayat...
aminnnn...

kredit to abg nara

projek rempeyek mak...


kalau time2 da nk raya ni kan..
mak daku mula la sibuk buat rempeyek ni
buat utk makan sendiri
x pon ada je la org nk tempah...

klu time2 nk kenduri kawen pon ramai gak org nk suh buat
larat x larat je la kan...huhuhu
klux kena gaya kang 
keras plak rempeyek ni...

x lma lagi raya
so mak dgn ayh..adik2 kat kg tu sibuk la tgh buat skrg
oleh kerana brg mentah sumer da naik
terpaksa la ikut naik kn hrga thun ni...





dalam ni ada 50 pcs..hrga RM18 je...
ngeeee






tergoda jugak dgn deal ni


dan akhirnya daku tergoda gak dgn deal yg melambak2 dtg ni...
niat dihati mmg nk buat photobook album
tapi nti2 lah..hihi..
nk raya nk bajet2 sikit

tergoda gak dgn deal yg satu ni...
yg photo magnet ni..

Back by popular demand! RM28 instead of RM72 for 6 Customised Pictures on 4" x 3" Photo Magnets from Photo Delivery, Bandar Puteri Puchong [61% OFF]

dah selamat daku beli...
nk redeem lepas raya ni..hihihih...
kalau la deal ni on lagi lepas raya...(kalau la)
nk redeem pulak nx year..
wakakakka...
lpas balik cuti2 dari sabah..
insyaallah...



Sunday, August 14, 2011

berbuka pose dgn pizza


2nd time berbuka dgn pizza..
1st hari tu dgn famili time balik kampong
kali ni dgn ensuami..
tapi x berapa nk bestt
pasal pizza ni over cooked..huhuuhu
kan...
hitam2 da...
pastu rotinya pon x guna roti pan yg sepatutnya..
keciwa.....


ramadhan ke 14 - kota tinggi


kejap je kan
da 14 hari pose...
so aktiviti mencarik baju raya akan bermula
bersesak2...mencari...
jumpa...x jumpa...
mahal...tapi cntik...
muarh tapi x de size..hihiii....
mcm2 ada....

smlm daku dgn ensuami da round the world angsana
tapi x de yg berkenan pon..
klu ada pon 
mahal ya ampunnnn
stok org kaya bulih la..
nk berebut lagi dgn sedara negara jiran kan...
of cos la derang rembat dulu mna yg cntik...

hari ni...
daku dgn ensuami g kota tinggi
kak fauziah opismate tu la yg advise
daku mmg x tau tmpt nk soping kat JB ni
ensuami lagi la x tau...
huhuhu...kesian kan...

berbekal kan dgn GPS...
akhirnya smpi gak ke kota tinggi
1st time daku jejak kaki ni tau...
ensuami da byk kali la..
tapi bukannya igt jln..huhuhu

satu2 nya picca yg daku amik
yg lain x tersnap


picca kat atas je sempat daku amik...
smpi je daku terus turun masuk kedai2
smbil carik baju2 yg berkenan...

ensuami jgn ckp la...
kejap kuar msuk kedai...
bosan..klu x pose rsanya da 2 kotak rokok dia bantai...
akhirnya misi mencarik baju raya selesai
dpt beli utk diri sendiri..
ensuami & famili ber 3 kat kg..
cuma baju melayu ayh je x dpt crik lagi...huhuhu
fuhhhhh.......



p/s-klu kat KL..da ronda jln TAR , masjid india & kwsn yg sewaktu dgn nya
klu balik muar..bulih pegi tangkak ke..bukit gambir atau bazar baitul mal...
kat JB ni..kota tinggi tu pon okeh gak la...
yg penting boleh nego dpt harga lagi murah dri kat angsana...hahahahah 



free sample - nesvita


semalam dapat free sample dari nesvita
hari tu ada request utk ensuami gak
so dpt 2 envelope la kan..hihi



dalam setiap sampul tu ada 3 sample
tapi kat ensuami punya sampul ada 4
x aci kan..hehehhe..

apa pun TQ nesvita
daku x sure sample request still ongoing atau x...
try la..mna tau ada rezki
klik SINI



Saturday, August 13, 2011

berbuka @the ledang


smlm daku berbuka kat the ledang
ala..ledang height tu..
1 pax RM45++ okeh,..
kali ni tajaan company tmpt daku keje...
belanja berbuka utk main con la...
x la rmi sgt
dalam 25 org je...

daku x sempat pon nk amik picca..
maklumlah kit yg belanja
so kena la lyn tetamu yg dtg kan..
wakakakaka...
pada hal sibuk melantak...

the ledang height


 pasu ats meja mkn..
tah apa motif amik picca ni..


 tmpt berbuka
adam & eve


 me and the only one opismate
kak fauziah..


 tom yam ni mmg marveles...
pedas masam sumer ada...
terbakar tekak den..hihi..



p/s-teringat palk time2 berbuka kat hotel kat tmpt keja lama



try free sample - tena

TENA


nk try free sample TENA??
klik SINI..
yg ni daku x request..
rsanya x de saper yg perlukan sample ni kat rumah daku..
so..try la pada saper2 yg berkenaan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs