KLIK KLIK

nuffnang

Tuesday, January 17, 2012

Jangan Beli Kanta Sentuh Di Pasar Malam


BUTTERWORTH – Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membeli kanta sentuh di pasar malam atau kedai kecantikan yang tidak membuat pemeriksaan mata kerana ia boleh menyebabkan mata buta.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan mata perlu dilakukan oleh semua pemakai kanta sentuh, sama ada jenis berwarna atau tidak.
“Mereka yang ingin membeli kanta sentuh perlu mendapatkan pemeriksaan daripada optometris terlebih dahulu bagi mengelak kesan sampingan yang teruk sehingga mata boleh buta.
“Kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan mereka yang berkaitan agar lambakan kanta sentuh termasuk boleh diperoleh di pasar malam dengan harga yang murah dapat di atasi segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Tahun Baru Cina 2012 Parlimen Bagan, di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang melaporkan kanta sentuh mudah diperoleh dengan harga murah di pasar malam.
Akhbar itu melaporkan populariti kanta sentuh terutama jenis berwarna yang hangat diperkatakan kini menjadi satu ikon fesyen khasnya di kalangan wanita dan remaja.
Liow berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan berhubung permasalahan terhadap kanta sentuh yang dijual di pasar malam. – BERNAMA


Jangan Beli Kanta Sentuh Di Pasar Malam

sumber: mynewshub


3 comments:

kakyong said...

owh ada dijual di pasar mlm rupanya..

Mrs.Izi said...

yg kat kedai pun takut nk pakai.alangkan kat pasar mlm.gilaaa.bahya tu

ekinashikin said...

tu la..skrg ni byk je jual kat pasar mlm la..kat booth2 la...
yg jual kat kedai cermin mata pon takut nk try...huhuhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs