KLIK KLIK

nuffnang

Wednesday, January 4, 2012

Legoland Akhir 2012


Syed Mohamed Ibrahim (tengah) bersama-sama Muhammad Zainal Ashikin Muhammad Rejab dan Siegfri Boerst melancarkan gimik pada sesi pengumuman kerja - kerja pemasangan laluan roller coaster di Medini, Nusajaya, Johor, semalam.

NUSAJAYA 6 Dis. - Legoland Malaysia yang merupakan taman tema pertama seumpamanya di Asia, dijangka dibuka pada penghujung 2012 dengan sasaran sejuta pengunjung pada tahun pertama beroperasi.

Tanpa mahu menyatakan hasil yang mampu diperolehi pada tahun pertama itu, Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst yakin taman tema tersebut tidak akan mencatatkan kerugian apabila ia dibuka kelak.

Malah, beliau percaya taman tema yang terletak di Medini di sini mampu menjadi tarikan pelancong baik dalam mahu pun luar negara sekali gus menjadikan ia antara destinasi taman tema terhebat dunia.

“Kita akan sentiasa memastikan perkhidmatan yang disediakan di taman tema ini sentiasa diperbaharui dan diperluaskan setiap tahun serta mampu memberi pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

“Buat masa ini Legoland Malaysia merupakan pertama di Asia dan ia akan menjadi satu-satunya taman tema seumpama itu di Asia Tenggara apabila perancangan untuk membina ia di Jepun dan Korea direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis mendedahkan kerja-kerja pemasangan laluan untuk roller coaster dikenali Lego Technic yang sudah siap dibina kepada media di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd. (IIB), Datuk Syed Mohamed Ibrahim dan Pengarah IDR Resorts Sdn. Bhd. (IDR Resorts), Muhammad Zainal Ashikin Muhammad Rejab.

Pada majlis itu, Legoland Malaysia turut mengumumkan penjualan pas tahunan pra-pembukaan yang dijual pada harga RM195 untuk dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak pada masa terhad dan maklumat lanjut boleh layari http://www.LEGOLAND.com.my.

Dalam pada itu, Muhammad Zainal berkata, biarpun dengan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini, kerja-kerja pembinaan Legoland Malaysia masih berjalan lancar dan kini sudah mencapai 40 peratus.

“Semua kerja-kerja pembinaan projek ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan dengan perkembangan itu kita yakin Legoland Malaysia ini akan siap dan dibuka mengikut jadual ditetapkan,” ujarnya.

Legoland Malaysia adalah merupakan taman tema legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.

Legoland Malaysia dibangunkan oleh anak syarikat IIB, IDR Resorts bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, pusat gaya hidup Iskandar Malaysia.




ppsssttt...teringat time keje kuar masuk site dulu...
sempat gak la snap picca rel laluan roller coster tu
tapi picca tu dlm tepon lama la plak..huhuhu
ada kat kg..


3 comments:

Mrs.Izi said...

ni la tpt ko di dera mentaALLY HAHA

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
ekin, oooo nak buka legoland kat malaysia,, hmmm mesti budak2 la yang paling suka nanti kan.. tak per gak, menarik ni, nanti ramai la kanak2 yang suka mencipta dari lego kan.. creative kan minda kanak2.. :) bagos gak..

ekinashikin said...

zarina- bekas yg torchure mentally..hahaha

nani-tu la..besar tmpt ni...mesti budak2 suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs