KLIK KLIK

nuffnang

Sunday, November 25, 2012

tiada daya



haishhh....demam da makin baik
tapi sakit tekak nih menggila la plak
punah weekend..hihihi
terasa nak mkn itu dan ini
tapi tekak ni buat makanan tu rasa x sedap
sabar..sabar...ujian dari ALLAH
sikit je tu...
ada lagi org yg hebat ujiannya ALLAH bagi

dan alang2 citer pasal ujian ALLAH
ni nak citer sambil2 nak mintak pendapat...
kot2..ada yg boleh membantu..

daku de seorang kenalan (ex-house mate time bujang dulu)
stay kat kl..area setiawangsa..
sepanjang duduk serumah dgn dia daku x pernah plak nak amik tau pasal dia
ye lah..daku bukan kepochi atau joyah sgt pon...
dia buat hal dia..ku buat hal sendiri...
lagi pon daku kan keje shift
so utk berbual ke berjumpa ke...mmg jarang sekali
duit rumah pon selalu men selit je bwh pintu dia
sekali dgn duit bil air+api...
sampai lah satu hari..kita org dpt berbual panjang
dia strt citer dulu...pnjg citer..tapi ku ringkaskan kat bwh...
.
.
.
.
Kenalan seorang perempuan dan belum berkahwin.
Berumur dalam 40an.
Mempunyai masalah keluarga yang kronik sehingga di buang keluarga kandung.
Keadaan menjadi semakin kronik apabila kenalan ini tidak boleh bekerja dan dipercayai mempunyai penyakit misteri.
Dia telah berusaha berubat di merata tempat semasa mempunyai pendapatan.
Tetapi kesemua tempat tidak mampu mengubati penyakitnya.
Keadaan sekarang kenalan tidak dpt bekerja,tidak lagi mampu membayar sewa bilik apa lagi duit untuk menampung kehidupan harian.
Terbaru dia memberitahu sewa bilik sudah pun tertunggak 2 bulan..
Baru baru ini kenalan meminta tolong dari saya untuk mencarikan mana mana asrama pekerja atau rumah perlindungan untuk dia berlindung.


ku nak menolong tidak lah mampu
setakat mampu top up kan prepaid tepon dia je...
tu pon utk urgent2 kes ke apa...
da abis sumer kawan dia call mntak pendapat dan tolong
tapi xde saper mampu nak tolong..

kenapa x kawen je?
dia kata diri sendiri pon x mampu nak jaga ni kan lagi nak menjaga suami dan jalankan kewajipan seorang isteri..dia x mampu..biarlah dia sendiri

caner nak bantu?bank in duit ke?
sumer akaun dia dibekukan sbb dah diisytihar muflis gara2 hutang kredit kad yg x mampu dibayar.duit2 tu lah yg digunakan semasa dia tidak dapat bekerja utk berubat..
time dia turun naik mahkamah..daku masih lgi jadik hse mate dia

beberapa hari nih..
daku ada lah try crikkan rumah/tmpt perlindungan atau asmara pekerja seperti yang dia mtak tolong
tapi x jumpa dan kebanyakan untuk kanak kanak/wanita terlanjur
klu boleh tmpt2 yg tiada kaitan dgn JKM sbb takut keluarga dia mencari semula...




3 comments:

Mama Mya said...

apa kata cuba minta bantuan kat lembaga zakat. Sbb ada sorang kenalan Mak saya pun hampir sama ceritanya.... tapi dia ibu tunggal tiada pekerjaan, rumah hampir kena lelong, minta bantuan zakat & zakat bantu dia bayar tunggakkan rumah & bagi duit sara hidup + modal berniaga (mesin buat bahulu + oven) la nie alhamdullillah hidup dia makin senang.

ekinashikin said...

thanks mama mya...
nti sya suggest kat kwn tu...sian kat dia...boleh tolong apa termampu je...

PUANSTOBERI said...

boleh tu balik ke family. suh la dia cuba.. mungkin family dia dh buleh terima. kesian juga org camni kan,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs