KLIK KLIK

nuffnang

Saturday, March 31, 2012

Mayat Bayi Tanpa Kepala Dalam Takungan Najis - Jahat Sungguh!


mcm nk nagis je tgk tajuk
pastu tgk picca camtu...
jahat sungguh derang ni...
patut hukum gantung je..
xpon bg putus kepala derang mcm tu...
kurang ajar sungguh...
kalau jadi kat oversea ke xde lah nk heran sgt
pasal derang tu mmg dah jahil tahap gaban
ni jadi kat kl je...
Allahhuakbar!

Mayat Bayi Tanpa Kepala Dalam Takungan Najis

KUALA LUMPUR — Mayat bayi lelaki tanpa kepala ditemui di tempat takungan najis di Jalan Thong Shin di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mayat bayi yang ditemui pada pukul 11 pagi oleh pekerja pembersihan itu dipercayai dibuang kira-kira dua hari lepas.
“Sungguhpun dijumpai tanpa kepala, anggota lain pada mayat bayi lelaki itu sempurna dan kita akan mencari siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.— BERNAMA


sumer: mynewshub



Friday, March 30, 2012

batuk...


huhuhu....
masuk hari ni dah hari ke 5 da x sihat..huhuhu
hari isnin tu sakit tekak yg amat sgt...
smpi nak telan air liur pon sakit
makan pon x rasa apa...

dah hilang sakit tekak
laaaa...batuk plak...
mau nk bergegar rumah ni klu batuk
sakit dada perut sumer.huhuhu...
pastu tambah lagi dgn selsema plak...
aiii....dugaan....




klu dpt soping ke jln2...
 agak2 baik x sumer sakit2 ni..hehehehe



Thursday, March 29, 2012

sucinya kasih ibu~Demi Keselamatan Anak, Seorang Ibu Di Klang Terpaksa Relakan Dirinya Dirogol…


Seorang ibu terpaksa membenarkan dirinya diperkosa oleh seorang penceroboh bersenjata di rumahnya di Kampung Jawa di sini, minggu lalu demi melindungi anak-anaknya.
Wanita berkenaan, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berulang kali manakala empat orang anaknya telah dikurung, menangis di bilik bersebelahan.
Kejadian itu berlaku pada 5.45 pagi apabila wanita itu dikejutkan oleh seorang lelaki bersenjatakan sepasang gunting.
Suspek yang menutupi mukanya dengan sehelai baju kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap.
Dia menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan meletakkan gunting di lehernya.
Suspek memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan membunuhnya.
Mangsa berkenaan diarah menyerahkan barang kemas dan wang.
Wanita itu kemudiannya membungkus wang berjumlah RM300, dua telefon bimbit, satu gelang tangan dan sepasang anting-anting ke dalam sarung bantal dan menyerahkannya kepada suspek.
Suspek kemudian memberitahu wanita itu yang dia akan merogol salah seorang anak perempuannya dan ketika itulah dia merayu dengan suspek untuk merogol dirinya sebagai ganti.
Ketika itu, anak-anak wanitu itu terbangun dan suspek mengunci mereka di dalam bilik.
Suami wanita itu tiada di rumah atas urusan perniagaan.
Suspek kemudian kembali ke wanita itu, yang akhirnya terpaksa merelakan lelaki itu menanggalkan pakaian dan merogolnya.
Wanita itu kemudian memberitahu polis yang suspek itu tidak menggunakan kondom, sebaliknya menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya.
Mangsa telah ditampar beberapa kali apabila dia cuba menghalang suspek daripada merogolnya lagi.
Selepas suspek melarikan diri, mangsa memanggil jirannya untuk bantuan sebelum membuat laporan di balai polis.
Mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan.
Satu pasukan forensik polis mengunjungi tempat kejadian dan menemui beberapa pasang cap jari. Mereka juga menemui sepasang gunting dan baju kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

sumber :mynewshub

sedihnya baca citer mcm ni...


Permohonan Maktab / KPLSPM 2012


disebabkan salah seorang pemohon 
ialah my sis yg baru dapat result SPM hr tu...
dan daku lah yg sibuk online nk suh dia smbg belajar
tuan punya badan buat x tau je plak...haisshhh..

daku advise my sis try apply maktab
pastu UPU pon ada apply gak...
memandangkan dia minat dgn pendidikan seni..
salah 1 subjek pilihan yg dipilih ialah seni...

pada adik2 yg layak dan masih bwh umur 20 tahun
sila lah apply ye...(untuk maktab)

untuk info lanjut boleh klik SINI
kat situ boleh tau info ttg 
cara mcm mana nak apply
 bidang yg ditawarkan
syarat2 kelayakan asas dan bidang
bilangan keperluan
FAQ


secara ringkasnya..
silalah beli pin no dulu kat BSN
utk maktab RM6 je
pin no 4 digit je ye...

pastu sila lah daftar untuk terus memohon...
yakin & tawakal ye...
insyallah...


zaman daku dulu beli siap2 borang upu kan...
xde maknanya nk online2 nih...
pastu isi lah selagi ada kat form tu...
x dpt panggilan pertama
beli lagi form utk panggilan kedua...
kannnn.....
alhamdulillah dapat gak smbg belajar...




Wednesday, March 28, 2012

Barangan Garnier Untuk Direbut #2



ni dah kali ke berapa dah join GA pupel liyana
rasanya yg ke 3 kot..heheheh
(adehh..hilang ingatan dah)

klu nak join sekali 
meh klik SINI
x pon klik je kat banner tu ye...

due nya jumaat ni 30hb March


TQ AOC


hari tu dapat email dari aoc...


Dear,
Greeting dear all Facebook - AOC Anniversary winner, congratulation for your win.
We would like you to provide us this info: 
1.) Mailing address as the prize will be courier to you.
2.) IC No
Please do not reply in this email. Reply us on the new email to aocmalaysia@aocmonitorap.com
Have a nice day.
Your Sincere.
AOC Malaysia Team. 
lekas2 tgk fb apa plak contest ni erk...
lupa lah..huhuhu...
sekali chk..
hehehehe...ada lah...



TQ AOC


Tuesday, March 27, 2012

sayur raja


sejujurnya
daku x pernah jumpa syur ni sebelum ni
tgk pon x pernah..hehehe
tapi skrg dah jumpa...
1st time ensuami beli sbb teringin nk mkn
sdgkan dia pon x tau sayur apa
tapi sbb ada tulis kan
so tau la tu sayur raja

bila daku x prnh jumpa
mknanya x prnh masak la...
bila tanya dgn mak..
mak kata ulam raja kot..
bukan..bukan...
ulam raja daku kenal
sbb selalu mkn...
ni sayur raja la....
blurrrr....



bila google2..
ada gak org panggil ni sawi raja
yg penting "raja" tu tetap ada ye...

masak apa?
daku goreng biasa je
mcm goreng kangkung belacan tu..
sedap..hehehhe
tapi batang sayur ni mcm de getah ke tah lendir ke...
dan ada bau yg tersendiri...
daku x minat sgt
tapi ensuami suka....



Monday, March 26, 2012

cegah sebelum parah


BUDAYA BAWA RISIKO... mengunyah daun sirih bersama tembakau dan buah pinang. 


PENGGEMAR daun sirih, anda dinasihatkan menghentikan tabiat mengunyah daun itu berikutan mempunyai kesan tidak baik terhadap tubuh selain mampu meningkatkan risiko barah mulut.
Ya, mungkin masih ramai tidak tahu tabiat itu mampu mengundang barah mulut disebabkan ia tidak berbahaya seperti barah payudara, barah rahim dan penyakit jantung yang menduduki carta teratas antara penyakit yang boleh menyebabkan kematian di dunia.
Barah mulut adalah penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Lebih 90 peratus kes barah mulut membabitkan lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai karsinoma sel skuama.

Menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung & Tekak (ENT) Pusat Perubatan Tropicana, Dr Balachandran Appoo, barah mulut disebabkan ketumbuhan tisu tidak normal di dalam kawasan mulut serta boleh merebak dengan pelbagai cara yang mengakibatkan gangguan untuk makan, sukar untuk menelan yang akhirnya seseorang itu mati akibat badan kekurangan air dan kelaparan.




“Di Malaysia, kaum India antara yang paling ramai menghidap barah mulut, diikuti Orang Asli, Melayu dan Cina. Jangan ambil ringan barah mulut kerana ia mampu membawa maut jikalau lambat mendapatkan rawatan.

“Biasanya, umur 40 tahun ke atas berisiko mendapat barah ini. Meskipun barah mulut penyakit membunuh, ia boleh dirawat pada peringkat awal,” katanya sewaktu ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.


Tanda barah mulut


  • Sakit yang berlanjutan
  • Luka yang besar hingga makan saraf
  • Susah mengunyah
  • Susah membuka mulut
  • Susah bertutur
  • Mulut berdarah
  • Ketumbuhan dalam mulut (susah telan pepejal, air liur)
  • Bengkak pada rahang, leher lebih tiga minggu
  • Tiada selera makan dan berat badan menurun
  • Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan
  • Ulser mulut tidak sembuh lebih tiga minggu

    Punca barah mulut

  • Merokok
  • Pengambilan alkohol
  • Mengunyah sirih bersama tembakau dan pinang
  • Pendedahan di tempat kerja yang membabitkan bahan kimia
  • Genetik


    Cara mengurangkan risiko barah mulut

  • Buat pemeriksaan berkala di klinik
  • Lakukan pemeriksaan barah sendiri
  • Tidak mengambil atau mengunyah tembakau
  • Tidak merokok
  • Tidak minum minuman alkohol
  • Kurangkan pendedahan kepada sinaran matahari


    Rawatan

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

    Pembedahan biasanya membabitkan pembuangan kanser dan sebahagian tisu yang sihat di sekelilingnya. Ini kerana barah adalah penyakit yang mikroskopik iaitu ada sel kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

    Ada kemungkinan sel kecil tidak dapat dilihat di sekitar sempadan kanser itu. Pembedahan turut membabitkan sel yang sihat ini turut membuang nodul limfa pada bahagian leher yang dijangkiti kanser.

    Rawatan pembedahan biasanya dilakukan untuk merawat kanser yang berada pada tahap awal dan sederhana dengan pembuktian tiada sel kanser merebak ke bahagian organ lain.

    Bagaimanapun, bagi jenis kanser yang merebak jauh pada kawasan lain tubuh, penggunaan radioterapi digunakan selepas pembedahan. Ini bertujuan mematikan sel kanser yang dikhuatiri masih tertinggal.


    Radioterapi

    Penggunaan radioterapi akan dilakukan jika kanser terlalu besar menyebabkan pembedahan sukar dilakukan. Kaedah ini juga membantu mengecutkan kanser. Bagaimanapun, radioterapi mempunyai banyak kesan sampingan yang harus dijalani oleh pesakit.

    Contohnya, jika kanser pada bahagian lidah itu kecil (kurang 1.5 sentimeter), ia boleh dirawat dengan radioterapi tanpa pembedahan.

    Istimewanya radioterapi ini, ia tidak menyebabkan seseorang kehilangan anggota (lidah) dan fungsinya. Bagaimanapun, rawatan radioterapi tidak memberi apa-apa kesan pada kanser tulang, biasanya ia hanya dapat dibuang dengan kaedah pembedahan.


    Kemoterapi

    Kaedah menggunakan ubat-ubatan dalam tubuh ini dilakukan jika kanser sudah merebak ke organ lain seperti paru-paru dan hati, atau serentak dengan radioterapi.


  • sumber: metro

    Saturday, March 24, 2012

    happy weekend


    mgu ni x balik kg..
    nak gi mana erk kat jb ni
    x de idea la plak
    tapi mcm nk amik gmbr...
    x sudah2 amik gmbr kan..hihihihi





    Friday, March 23, 2012

    gemok & siblings in action!


    mcm gempak je kan tajuk tu...
    actually picca ni taken last mth x silap
    bru jumpa dari picca collection ensuami
    kan suka benor ambik picca bukan2....

    picca ni taken bila gemok & siblings
    duk kitai anak ular kat tepi rumah....

    masa tu ayah pelik kenapa plak si gemok ni men tali
    kat belakang rumah...
    ye lah mata nya kabur2 gitu x pki spec mata kan...
    sekali tgk dekat2 rupanya anak ular yg derang ni rebutkan....
    sbb anak2 kucin tu masih lagi suka main2 dlm rumah
    so x sangka plak tu ular....

    lama jugak la derang ni memain dgn anak ular tu...
    smpi la ular tu tewas kat 3 ekor kucin yg diketuai oleh gemok...
    hehehehe....



    time ni ular baru kena tangkap
    masih agresif lagi


    gemok menunjukkan skill
    pastu kembang pon nak try gak...


    cuba lagi dan lagi


    dah..berebut plak....
    tegang2 badan ular tu gaknya...


    tetiba ular nak melarikan diri...
    tapi mana mau pegi...
    kena tgkp lagi...huhuhuhu
    bergelut atas rumput plak...


    huhuhu...balik semula ke atas simen
    time ni bentuk ular dan lurus lagi..
    dah bengkang bengkok...
    tpi still agresif lagi...


    dalam berani 
    penakut gak si kembang ni


    dah pengsan ular tu...
    gemok dtg lagi...


    nah...amekaw....
    haiiiyahhhh....men kepala si gemok nih....
    dah berdarah2 da....
    last2 tewas gak ular tu...



    dan...
    muka gemok mlm tu...
    innocent...x bersalah....


    gemok & siblings seibu tapi lain bapaknya..
    hihihii....
    last week balik kampong
    kucin2 ni masih selamat lagi....
    ye lah...mana tau duk masukkan kepala ular tu 
    kena bisa ke apa kan....


    Thursday, March 22, 2012

    tahniah!


    smlm result SPM 2011 kuar kan...
    yang amik result smlm salah sorang ialah sis
    tahniah!
    walau pon x dpt straigth A...
    tetap bangga...
    kami 1 famili redha je lah dgn result dia...
    walau pon dapat 4A je...

    teringat plak time amik result spm dulu2....
    time remaja...
    pastu ayah jnji dpt pangkat 1 ayah sapot duit amik lesen motor...
    lesen kete guna duit ptptn okeh...
    huh! kantoi..hehehhe...

     

    Wednesday, March 21, 2012

    1st time guna token tren..

    last week kan pegi kl...
    ni smbg dari entri lepas
    naik star dari cempaka then 1st time la guna token kan
    hahahhaa...jakun kan....
    nmpk sgt dah lma x naik tren....
    at least x lupa cara nak naik tren...hehehehe


    time ni kat monorail nak ke imbi...
    tgu2 pon sempat snap picca lagi



    kan dah smpi low yat...
    hehhehee....
    tapi time tu cuti kan...
    so crowded dgn anak2 remaja..hehehe
    (oohhh...dah tua ke..sila sedar diri..hihihihi)


    Tuesday, March 20, 2012

    geramnya....ensuami lagi geram..


    tah saper plak kan yg buat onar ni
    kira lkanggar lari la ni kan....
    kurang ajar betul
    dah baling batu pastu sorok tangan....
    ye lah kan...
    saper nak mengaku klu dah berak tengah jalan...

    sepanjang perjalanan kami pegi kl pastu balik jb
    x de apa pon yg berlaku
    sumer selamat je....

    tup tup biula pagi ensuami nk pegi kje semalam
    tgk dah ada kesan mcm tu
    panas la hati kan....
    nak betul kan
    kena lah kuar duit lagi....
    lahanat betul saper yg buat....







    Monday, March 19, 2012

    bagan lalang lagi..

    rasanya dah hampir 2 tahun x jejak kakimkat bagan lalang
    last weekend ensuami tetiba ajak g kl
    nak g low yat katanya...
    nk crik gadget2 camera la tu...

    okeh..sila korek duit tabung ayam...
    sbb nk g kl kan..hahahaha

    daku mmg da plan 
    klu g kl nk g bagan lalang la
    nk mkn2 kat sini...hihihi
    tertunai gak kan...

    pagi sabtu
    keluar nk g low yat...
    cner???
    naik tren la...
    dari cempaka smpi hang tuah
    igt nak naik dr ampang
    tapi paking kete x de lah plak
    so paking kat cempaka...

    wah...
    ketinggalan zaman daku ni
    dah tukar guna token rupanya..heehehe
    ye lah dah lma x naik tren kan
    nk guna touch n go ada 1 je
    utk tol
    pastu 1 lagi mls nk top up...
    okeh tu smbg citer nti2 la
    citer bagan lalang dulu...

    smpi2 dldm pukul 4 lebih gitu
    ramai la...
    family picnic2 kat tepi ni
    mandi manda....
    betul2 1 malaysia...
    ada melayu,cina dgn india gak...









    lama nak tgu sunset ni
    dlm hati kata mcm x de je...
    sbb awan tebal....
    tgu2 ensuami pon give up

    so terus g kedai mkn la...
    dah order..duduk2...
    muncul plak matahari besar menyinar lagi...
    hahahaha...

    ensuami konon nk amik gmbr
    pastu tgu2...
    last2 betul x jadik sunset
    sbb awan sgt tebal....
    hilang mcm tu je....



    tapi best sbb dpt mkn..hahahaha
    mcm nk pecah perut mkn sumer ni...
    gila kenyang.....



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    apa ada?

    kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

    networkedblogs