KLIK KLIK

nuffnang

Monday, April 30, 2012

pinkie plain fox plushie



ni latest plushie yang berjaya daku hasilkan...
yang ni untuk my sis yg sambut besday dia 27 april hr tu
request nak bantal...
kebetulan ada plain fox ni dlm simpanan selain kain flannel hr tu
meh kita gunting2 dan jahit....

metarial yg digunakan x byk sgt
oleh kerana my sis request bantal dia di jahit mati (maksudnya bukan pillow case la)
hah...lagi senang keje daku
jahit je penjuru tu..
tgl kan sikit lubang nk masuk kan filling dia
x kisah la dia nk masukkan fiber ke kekabu ke perca ke....
lantak dia la kan...hehehehe

material yang digunakan cuma kain plain fox 
(daku x tau nk pgil apa..psl kat kedai mmg tulis nama dia gitu)
kain felt untuk huruf tu
button
gam uhu
jarum benang
gunting

senang kan.....


balik time hari ibu nti bru dpt bagi kat tuan pyer


Gift voucher Blackmores..saper nak??



sabtu lepas dpt voucher ni dari blackmores
ni kali ke2 dapat voucher mcm ni
last time tah kat mana terselit voucher ni..
kira expired je lah...

yang kali ni dpt sbb hri tu ada buat online survey..
daku x guna ni...
ada sesaper yg guna vitamin ke suplement dari blackmore..?
boleh la guna voucher ni...
kalau nak tgl kan email kat comment kat bwh ni ye
kita roger2 lah...


voucher ni valid 60 hari je dari 25 april 2012


Friday, April 27, 2012

semak,serabut la derang ni


serius la semak otak je derang nih
dah la every day last week sibuk call..
mcm kita ada hutang sejuta dgn dia...
pastu nk jual insuran je
nak tanya ada nk guna duit ke suh amik cash express
pastu suh trf balance cc lain ke tmpt dia...
semak..serabut...

nak jadi cerita...
satu hari baik gak la hati...
tgh lepak2 tgk tv lepas masak..
angkat gak la tepon...
pastu dia offer la sumer2 tu
dah advise da TAK NAK....
x phm jugak...

pastu suh amik insuran plak
26 hinggit je sebulan dia kata
klu admitted ke apa ke kat sepital boleh clmd cash...
adehhh...ada je...
daku pon jawab...
"ok nti sya tanya hasben saya dulu"
boleh plak dia jwb..
"eh... 26 hinggit je u pon boleh byr sendiri...
lagi pon u punya cc x de hutang..sumer clear"
 daku jwb..
"sorry cc saya pun hasben saya yg byr..saya x de duit sbb saya x keje"
xmo kalah lagi dia...
"ok..xpe saya call semula esok...."
lantak ko lah labu....harap maaf..
saya dah block no kamu....

kat bwh ni je sekerat call dari depa..
tu pon guna 1 no je...
ada no lain gak dia guna...
ada lagi tu...
yg x terzahir di sini...(cheewahh)


dari pagi smpi ke mlm tanpa jemu....



saya sgt penyabar tapi jgn smpi saya hilang sabar...
kebaboom kang bom meletup..


Thursday, April 26, 2012

share the happiness ~ cadbury


ni sambungan hari sabtu hari tu
event cadbury kat aeon bukit indah...
daku beli gak coklat..
xde lah byk pon..11 hinggit je...
dpt la gak join lucky draw dia..
tpi x lucky pon..muahahaha...

layan gmbr je lah...


replika coklat yg besar...
klu betul2 dah kena geget dah..hehehe


share the happiness...



antara belon2 terlepas....



Wednesday, April 25, 2012

derma darah semalam..


alhamdulillah...
dapat gak daku derma darah
lepas berkali2 kena reject..hehehe
kena reject sbb hemoglobin rendah...
minimum 12.5 baru boleh derma...
dan kali ni daku pyer 13.1
selalu 9,10,11,9.5...adehhh....
ok la..ngam2 lepas...
masa chk tu pon nurse tu kata darah cair...
tpi lepas gak...hoorayy...




kat level 6
kompleks kementerian dalam negeri johor



yeay...dapat jajan...hahahaha






dah siap....



kan...24 april 2012...
ensuami guna buku baru sbb buku lama hilang
daku pon baru 4x je..sbb selalu kena reject..ekekeke
lama gila gap tu smpi 10 thun...


baru dan lama....
smpi dah kedut2..hahahha


picca sumer ensuami yg amik sbb daku x sempat kuar tepon pon nk snap picca...
TQ ye boboboi...
( dia amat paham bini dia suka hapdate blog )


seronoknya dapat 3 kembar


lagi cerita dapat baby kembar..


GEMBIRA...Lee (kiri) dan Chang memangku dua bayi mereka manakala seorang lagi diletakkan di dalam inkubator.

IPOH: Percubaan kali kedua sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata menerusi kaedah rawatan persenyawaan luar rahim (IVF) membuahkan hasil ‘luar biasa’ apabila mereka dikurniakan anak kembar tiga yang lahir menerusi pembedahan pada 18 April lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Lebih manis, kelahiran bayi kembar iaitu dua lelaki dan seorang perempuan itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila ia menjadi pasangan kembar tiga IVF pertama dilahirkan di hospital berkenaan menerusi proses pembekuan embrio yang dikendalikan doktor pakar di hospital berkenaan.

Pasangan suami isteri, Chang Keng Leong, 33, dan Lee Foong Theng, 30, yang juga pengusaha restoran tidak pernah menyangka impian mereka selama tujuh tahun untuk mendapatkan cahaya mata berakhir dengan kelahiran kembar tiga itu. Bayi kembar tiga masing-masing seberat 2.1, 1.8 dan 1.7 kilogram dilahirkan selang seminit bermula jam 8.46 pagi dan mereka masih diletakkan di bawah pengawasan doktor di Wad 6C hospital itu kerana dilahirkan tidak cukup bulan.

Kembar itu dijangka pulang ke rumah selewat-lewatnya minggu depan.

Lee yang kini menetap di Bandar Seri Botani berkata, dia disahkan doktor tidak boleh mengandung kerana mengalami masalah di bahagian tiub fallopio sebelum membuat keputusan untuk menemui Pakar Perunding Obstetrik Dan Ginekologi HRPB, Dr Tham Seong Wai.


Menurutnya, dia mula menjalani rawatan itu pada Mei tahun lalu, namun percubaan pertama gagal sebelum menggunakan proses pembekuan embrio pada September tahun sama.

“Saya hanya menjangkakan seorang saja anak, namun tidak menyangka dapat tiga anak sekali gus. Bagaimanapun, saya gembira kerana selepas sekian lama akhirnya saya dan suami mampu mempunyai zuriat sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai kesukaran dihadapinya sepanjang tempoh mengandung, Lee berkata, dia mengakui mengalami alahan teruk selain sukar tidur dan berjalan kerana kandungan yang semakin membesar.

Sementara itu, Dr Tham berkata, dia tidak menyangka kaedah pembekuan embrio dilakukan terhadap Lee berjaya memandangkan kaedah itu hanya mempunyai peluang kira-kira 15 peratus untuk matang berbanding kaedah IVF biasa menggunakan embrio segar apabila peluangnya boleh mencecah sekitar 30 peratus.

“Bagi kes Lee, saya memindahkan tiga embrio dalam saluran peranakannya. Ketika menjalani proses imbasan pada bulan pertama, hanya dua janin dapat dikesan, namun proses imbasan kedua pada bulan berikutnya berjaya mengesan tiga janin,” katanya.


Menurutnya, selepas dilancarkan di HRPB sejak empat tahun lalu, kaedah rawatan IVF menerima sambutan menggalakkan.



sumber: kosmo & metro


wahhh..seronoknya...


Tuesday, April 24, 2012

mini album dari unggasphoto

akhirnya mini album yg redeem dari unggasphoto dah smpi smlm
alahai...comel je...hehehe
tapi daku suka...
TQ unggasphoto

mini album ni daku redeem dari point yg selalu baca kat mynewshub
klu hari2 baca dpt 100 point
klu tweet dpt lagi 100 point...
tu la rewards derang bgi
so dah kumpul2 hr tu
daku redeem la...

baki terkumpul skrg lom redeem apa2 lagi...
ada gak blog2 lain yg buat mcm ni gak...
reward la sbb bca ke jenguk blog derang kan...

kecit kan...
rsanya besar ibu jari kaki je..
muahahaha...



ni no ctc derang klu ada sesaper nk buat photoshoot ke
nk dpt kan perkhidmatan depa
atau boleh la chk blog derang yg byk gmbr cantik2


patutla lama betul nk smpi...
rupanya hr tu pos guna pos ekspresss..
retour balik sbb di pos luar prosedur
skrg pos ekpress blh pos dokumen je..
derang da x bg pos brg da..hehehe



mcm ni baru betul
guna pos laju
x psl2 kena 2x pos plak kan....




Monday, April 23, 2012

info untuk warga johor ~ Himpunan Tanah Rakyat Di Johor


Himpunan Tanah Rakyat Di Johor


KUALA LUMPUR – Sebuah gerakan yang mengelarkan diri mereka sebagai Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) berhasrat menganjurkan Himpunan Tanah Rakyat pada 5 Mei depan di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah tanah yang didakwa membebankan rakyat.
Setiausahanya, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya menjangkakan seramai 30,000 orang akan hadir memberikan sokongan terhadap perhimpunan itu khususnya mereka dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
“Tokoh seperti Sastrawan Negara, Datuk A.Samad Said akan turut bersama dalam himpunan ini. Tujuan utama Himpunan Tanah Rakyat ini adalah untuk mendesak kerajaan negeri sebagai pihak bertanggungjawab terhadap tanah dan pihak kerajaan persekutuan yang mengubal Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara 1965 menyelesaikan masalah-masalah tanah yang telah membebankan rakyat selama ini.
“Pihak kerajaan negeri perlu merangka satu mekanisma dan bertindak untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku,” dakwanya melalui satu kenyataan media.
Suhaizan berkata, pihaknya memilih Johor sebagai tempat penganjuran kerana terdapat beberapa isu berkaitan yang perlu ditangani di negeri berkenaan seperti Ketelusan Pengurniaan Tanah, Pengurniaan Tanah KPRJ, Tanah Rizab Melayu, Tanah Rizab Orang Asal, Pampasan Tanah dan Projek Rumah Terbengkalai.
Menurut beliau, Tanah yang dipengerusikan Mazlan Aliman akan membuat aktiviti mobilisasi bagi membangkitkan kesedaran kepada rakyat untuk sama-sama turun dalam himpunan berkenaan kelak.

mode: berfikir utk ke mana pada date ini..sedangkan weekend biasa pon angsana penuh
ni kan lagi bila ada perhimpunan cam gini
hibernate kat rumah je lah...


Sunday, April 22, 2012

hasil tangkapan hari sabtu



kita g jusco bukit indah...
pastu ada cadbury dairymilk punya event
ramai sgt org yg membeli coklat...
citer psl ni nx entri la..hehehe

pas da jln2 kat jusco
kita g tesco plak..
x jauh pon...
padahal bukan masuk tesco pon
jln area2 situ je...
dan hasil tangkapan hari tu...

stokin tikus utk zara...
harga 8 hinggit je...
x tau la tmpt lain murah ke x kan...
actually byk lagi design lain
tapi berkenan kat tikus ni
rupanya dlm tikus de loceng..hehehe
baru tau



numberic magnetic
harga 4 hinggit je...happy la sgt
dpt tambah koleksi magnet kat esbox tu
dan daku rasa harga tu worth it sgt la
sgt sesuai untuk budak2 jugak
warna dia pon cantik
pastu di buat dari kayu...


tu je lah tangkapan hari sabtu
eh..ada 1 lagi
penutup toilet bowl..
tu pon nti lah citer...
sbb ensuami kena call oleh boss dia suh bekerja
tetiba daku soping de plak operasi mengejut...
cisss...x best kan..huhuhuhu




Friday, April 20, 2012

zaman dulu ~ gula gula susu BENTO



ni zaman kanak2 mmg glamer dgn gula2 ni...
gula2 susu..siap men doktor2 lagi
dgn adik2 la...
jadik kan gula2 ni sbg pil...hihihi

kdg2 kan doktor bg pil suh mkn separuh je kan...
kita pon advise mcm tu gak...
siap belah separuh..
pesan kat 'patient' mkn separuh je..hehehe
apa motif?
x tau la..sbb time tu budak2..
doktor ckp mcm tu..
kita pon ikut je..hihihihi...


ni beli kat gbiant je hri tu...
tapi dah x byk perisa da...
dulu ada perisa coconut..tah apa lagi tah
x igt dah....



mengenang zaman kanak2 mmg best
x pikir apa pun...masalah pon x de...
seronok betul...


testing lagi..

nak testing auto publish ni
sbb tah apa daku godek terus x boleh...
xsure yg ni berjaya atau x..
harap2 ok..
huhuhu.....

picca ni x de kena mengena..hehehe
tapi tulang tu terkeluar dri bekas...
lamb stew dri SR..


Thursday, April 19, 2012

printer canon pixma E500

gadjet baru ensuami...
gadjet ke????
hantam saje lah....

printer ni mengganti kan printer lama pixma MP198
bagus jugak..tp bila dah modified ink dia...
prob la plak kan...
nk betul kan..alang2 je
so ensuami beli printer baru ni...

kualiti gmbr bila print dri printer baru ni pon ok sikit dr yg lama
memula igtkan printer lama yg ada mslh
rupanya photo paper tu yg mcm de prob...




dia punya kilat tu smpi menampak kan pintu kat blkg yg x cntik tu
sila abaikan ye


yg ni free gift yg kedai bg
ada cawan angry bird dgn photo paper 2 jenis..


harga printer ni kami beli RM239
ada sesetengah kedai jual dlm RM258 ke atas
so kena pndi2 survey la...
x sure plak klu dpt hrga rendah dari yg kami dpt...
tpi lama2 mesti murah bila da ada keluaran baru...
cartridge plak harga dalam 40++ untuk yg warna dgn hitam



Wednesday, April 18, 2012

menu dinner...





mkn buah je????
jambu dgn nangka..hihihi
percaya ke???
pada hal dah melantak ayam goreng kunyit,ulam raja dgn sambal belacan
hihihihihi....



ada rupa angry bird tak????



ada x rupa???
ada lah kot kan sikit ( ayat sedapkan hati sendiri)
ye la saper nk puji klu bkn diri sendiri..muahahaha

ni lah aktiviti minggu lepas
tapi x lah amik masa lama nk siap kan
kejap je dah siap...

memula igt nk buat guna felt je
tapi felt hitam xde plak
dah tu org yg reuqest nk angry bird hitam je
xmo plak kaler lain...

jom la gi angsana crik kain 
plan nk beli kain jersi..
lembut la sikit angry bird tu
alih2 kain jersi hitam pon abis...
alaaa...amik kain flannel je lah...
lagi pon mmg biasa klu nk buat plushie pon mmg org guna kain flannel kan
beli pon x byk...
klu la boleh beli setgh meter ok gak
tapi kedai tu da jual separuh2 ni
so beli lah semeter je

tang hidung mata kening tu sumer guna felt je...
badan je guna kain flannel

yang ni lom isi lagi dgn fiber ke kekabu ke perca ke..hahaha


yang ni dah isi...
dah kembong....


ada sesaper nk tempah???
silalah...hehehehe


Tuesday, April 17, 2012

kalut PTPTN


sejak akhir2 ni asik ada citer psl PTPTN kan
yg merusuh la..
memberontak...
ada gak pihak yg nak mansuhkan PTPTN...

pada pendapat daku la kan
selaku peminjam PTPTN jugak la kan...
ada pro dan kontra ttg PTPTN ni...

tapi pelajar skrg dah lebih terdedah dgn PTPTN
berbanding dgn zaman daku dulu...
org kata pinjam duit..kita yg x tau apa2 pon apply gak la
tapi klu x apply nk byr yuran nak beli buku dgn apa?
mmg dah tau kena byr balik...
siap di bg tau lagi sebulan kena byr brp lepas abis belajar
(dah ternyata dlm kontrak kan)
tapi bila dah keje kita pon tgu la surat PTPTN ni bila nak smpi
mcm mana nk byr?

dulu x sama mcm skrg
zaman internet...sumer boleh chk on9
lepas abis bljr pon dulu mmg la terer guna komputer
tapi time tu tenet x dpt digunakan dgn meluas..
provider pon kurang time tu...
jgn kan kata nak byr on9...
akaun on9 pon lom create lagi..heheheh

smpi la 1 hari ex opismate bg tau
dpt surat dari ptptn suh byr tunggakan..
time tu tunggakan dah 2k lebih...
tu kira caj perkhidmatan je..lom campur amount yg dipinjam

lps dari kwn dah kena mcm tu
daku dgn kawan lain pon ada gak walk in opis ptptn yg kat kl sentral
rupanya dia kata..
sepatutnya kami diberitahu dulu
klu lepas abis belajar je terus buat bayaran sikit2 pon xpe
ye la..klu org bru grad..
kje pon lom tentu stabil
silap2 menganggur dulu bru dpt kje
so dia kata..lepas grad patut bayar 20-50 hinggit dulu
ikut yg termampu la....
tapi sayang..kami x dpt info tu...
tau2 dah tertunggak dah...

so continue je lah byr mana yg termampu
skrg ada yg dah beranak pinak pun
ptptn x abis byr lagi..
betul x?

so adik2 skrg ni yg plan nk pinjam ptptn ni
dah boleh pikir sendiri baik buruk dari pinjaman ni
ptptn ni membantu golongan yg krg berkemampuan
klu dimansuhkan daku rasa kesian la jugak dgn golongan yg krg mampu
yang layak nk sambung belajar
tapi x dapat...

yang kaya dan mampu akan terus kaya dan maju
mcm mana plak dgn yg kurang mampu?
klu x berusaha nti dikata dikata x menyokong kemajuan

daku rasa ibu bapa skrg pon dah tau baik dan buruk ptptn ke atau pinjaman apa2
so pada yg mampu mgkin boleh menabung utk msa depan anak2
supaya x terjerat dgn pinjaman pelajaran..
tapi ada jugak ibu bapa yg nak anak mereka berusaha sendiri
belajar mcm mana jerit perih untuk menjadi seorang yg berjaya

bak kata tun mahathir
klu yg memberontak tu ada buat pinjaman..
pulangkan balik duit pinjaman
(sama mcm astro gak..klu x mampu nk byr jgn guna astro)
dlm kes ni x de saper yg memaksa atau di paksa utk memohon....

sepatutnya korang memberontak untuk hapuskan caj perkhidmatan
bukan hapuskan ptptn....

sekian,terima kasih...


p/s- tiada kaitan antara hidup atau mati sebarang pihak..


indah khabar dari rupa


inilah yg dikatakan indah habar dari rupa
teringat kat master chef kan....

last weekend mkn kat pizza hut angsana
ensuami nk sgt mkn pizza baru tu
keputusannya sgt mengecewakan
( pada daku la )
tekak org lain daku x tau plak....
yg penting daku pangkah...

kami order jugak triple sensation plater
mcm dlm gambar ni kan...
sedap x?
cnfm la nmpk sedap kan
sbb dlm gmbr..hahahahah



dan kami dapat...


mcm arang...

dah la bread stick x hntr
pastu slash je kat resit tu kira dah hntr
dapat plak arang rentung mcm ni
sedih giler...
bab bread stick tu xde lah kecik hati sgt
sbb ensuami kata xmkn sgt pon...
tapi bab tripple sensation plater lah sgt tu amat kecewa

dulu mkn kat kfc angsana dpt ayam sejuk yg dah juicy lagi
kering giler mcm tersekat kat tekak time nk telan
ni pizza hut dia plak buat hal
serik nk mkn lagi kat pizza dan kfc angsana
baik mkn kat damansara aliff je pasni....


mode : sedih lom hilang lagi...hahahaha


hapdate:
daku da email kan ke http://www.pizzahut.com.my/dining/contact.html
lepas sejam dua mcm tu area manager jb call - en.hairul
say sorry dan dia nk gnti kan plater tu lain kali klu daku g angsana
just give a call or sms je...
sejuk hati kan...
pada daku la..daku x de pon nk mntak ganti rugi ke apa
just nak highlight je
lenkali jgn serve mcm tu la...
sbb customer byr nk mkn dan harapkan makanan yg dia dpt tu
worth it dgn harga yg dia byr...
cuba bygkan klu org yg krg mampu yg teringin nk mkn
sekali pegi dgn harapan berbunga2...
sekali dpt mcm tu...
berbunga gak hati dia
tapi bunga taik ayam la kan....kesian la....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs