KLIK KLIK

nuffnang

Thursday, January 3, 2013

Pulih OA dengan pembedahan




OBESITI atau berat badan berlebihan bukan sahaja mengundang penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, barah buah pinggang dan diabetes.
Lebih teruk, individu obes turut terdedah kepada risiko menghidap penyakit radang sendi berikutan berat badan yang berlebihan untuk ditampung lutut.
Menurut Pakar Bedah Penggantian Sendi Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Dr. Tai Cheh Chin, antara penyakit radang sendi yang paling lazim ialah osteoartritis (OA) atau artritis merosot.
“OA boleh menyerang mana-mana sendi, tetapi lebih biasa terjadi di lutut, pinggul dan tulang belakang. Ia akan merosakkan tulang rawan yang berada di penghujung setiap tulang.
“Kehausan rawan akibat penyakit radang sendi menyebabkan anggota berkenaan berkemungkinan menjadi keras dan mendatangkan kesakitan kepada pesakit. Pergerakan mereka juga menjadi terhad,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor.
Jelasnya, antara 10 hingga 20 peratus orang dewasa di negara ini menghidap penyakit radang sendi dan daripada jumlah tersebut, lebih daripada 40 peratus merupakan pesakit 65 umur ke atas.
“Peluang bagi mereka yang berusia kurang daripada 45 tahun untuk menghidap penyakit ini adalah sebanyak lima peratus, manakala mereka yang berusia antara 45 hingga 65 tahun pula adalah sebanyak 30 peratus.
“Bagi mereka yang berusia 65 tahun ke atas, mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi iaitu sebanyak 60 peratus. Hampir 100 peratus warga emas yang berusia 85 ke atas akan menghidapinya,” ujarnya yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut selama 15 tahun.

SENDI yang haus akan digantikan dengan sendi tiruan baharu untuk membolehkan pesakit bergerak seperti normal.


Tambahnya, masyarakat Cina terdedah kepada risiko menghidap penyakit radang sendi yang lebih tinggi berbanding kaum lain disebabkan oleh pelbagai faktor gaya hidup.
Bagaimanapun, tambahnya, pengetahuan mengenai penyakit dan pembedahan bagi mengatasi masalah tersebut masih kurang dalam kalangan masyarakat Melayu.
“Orang Melayu terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar kurang terdedah kepada maklumat membabitkan penyakit radang sendi dan pembedahan penggantian sendi,” ulasnya.
Tempoh penyembuhan
Cheh Chin memberitahu, pembedahan penggantian sendi mengambil masa selama satu jam 10 minit bagi sebelah kaki dan peratusan untuk berjaya dalam pembedahan tersebut adalah setinggi 95 peratus hingga 97 peratus.
“Pesakit boleh kembali berjalan 36 jam selepas pembedahan. Bagi pesakit yang menjalani pembedahan sebelah kaki, mereka hanya perlu tinggal di hospital selama tiga hingga empat hari sebelum dibenarkan pulang untuk proses penyembuhan seterusnya untuk tempoh kira-kira tiga hingga empat minggu.
“Bagi pesakit yang menjalani pembedahan dua belah kaki pula, mereka perlu tinggal di hospital selama empat hingga lima hari berbanding dua minggu sebelum ini. Tempoh kira-kira enam minggu diperlukan untuk sembuh disebabkan oleh teknologi yang semakin canggih,” katanya.
FOTO menunjukkan perbezaan kaki seorang pesakit osteoartritis sebelum dan selepas menjalani pembedahan penggantian sendi.


Ujarnya, implan atau peralatan gantian yang diguna dalam pembedahan boleh bertahan selama 15 hingga 20 tahun.
“Dengan rekaan peralatan yang canggih ini, pesakit boleh bergerak hampir 100 peratus seperti dahulu contohnya mencangkung dan bersukan. Malah, pesakit tidak akan merasai kewujudan alatan gantian yang digunakan dalam anggota tubuh mereka untuk menyokong sendi berkenaan.
“Tambahan pula, luka yang dialami oleh pesakit juga berkurangan daripada 10 sentimeter kepada enam hingga lapan sentimeter sahaja dengan penggunaan teknik pembedahan minimal invasif (MIS),” jelasnya.
Ukuran tepat
Cheh Chin menjelaskan, pembedahan yang dijalankan menggunakan teknologi canggih iaitu Teknik Navigasi Berkomputer atau Pembedahan Bantuan Komputer (CAS) berupaya memberi ukuran dan sudut yang lebih tepat ketika menjalani pembedahan.
“Teknologi yang telah digunakan kira-kira 10 tahun ini mampu memberi ukuran dan sudut jitu untuk menyeimbangkan ukuran tulang yang perlu dipotong ketika doktor menjalankan pembedahan ke atas pesakit,” katanya.
Dari segi kos pembedahan dan rawatan pula, jumlah RM18,000 hingga RM20,000 akan dikenakan ke atas pesakit yang menjalani pembedahan bagi sebelah kaki dan RM35,000 hingga RM40,000 akan dikenakan ke atas pesakit yang menjalani pembedahan kedua-dua kaki.
“Sebenarnya kos pembedahan dan rawatan yang tinggi juga menjadi antara punca orang ramai tidak mahu menjalani pembedahan lantaran tidak mampu.
“Oleh itu, pesakit boleh mencuba cara lain dahulu sebelum menjalani pembedahan seperti menjalani terapi, mengambil ubat tahan sakit, menggunakan tongkat ataupun mengurangkan berat badan berlebihan yang merupakan penyebab kecederaan serius ke atas penyakit radang sendi.
Jika kesemua cara tersebut gagal, tambahnya, barulah pesakit boleh memilih untuk menjalani pembedahan sebagai penyelesaiannya.
Rasa takut
Katanya, di Malaysia, walaupun pembedahan penggantian radang sendi semakin popular, namun masih terdapat pesakit yang enggan menjalani pembedahan tersebut kerana takut untuk dibedah.

PEMBEDAHAN penggantian sendi masih kurang menjadi pilihan pesakit Melayu disebabkan kosnya yang agak tinggi.


“Bagi yang enggan menjalani pembedahan, lama-kelamaan kaki yang sihat turut mengalami masalah yang sama kerana terpaksa menampung berat keseluruhan badan memandangkan sebelah kaki lagi yang tidak dapat berfungsi dengan baik.
“Seperti penggunaan tayar kereta, sekiranya pengguna tidak menukar salah sebuah tayar yang rosak, tayar yang lain juga akan mengalami kerosakan kerana terpaksa menampung berat dan geseran yang berlebihan kerana tidak seimbang,” ujarnya.
“Di Amerika Syarikat, jumlah pesakit yang menjalani pembedahan lutut dan pinggul mencecah jumlah sebanyak 600,000 hingga 700,000 orang setahun manakala di Australia, seramai 60,000 pesakit menjalani pembedahan lutut dan 30,000 pesakit menjalani pembedahan pinggul setiap tahun,” katanya.
Ujarnya, jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah pesakit di Malaysia yang menjalani pembedahan tersebut iaitu hanya 6,000 pesakit setahun.
“Bagaimanapun, saya menjangka jumlah pesakit yang bakal menjalani pembedahan ini akan meningkat sehingga 10,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Jangkaan itu disebabkan pendedahan dan pengetahuan yang semakin meningkat mengenainya,” katanya yang telah menjalankan sebanyak 2,600 pembedahan sepanjang tempoh perkhidmatannya.



alalalala....tgk ni takut tau..
skrg masih boleh bertahan lagi...
ni klu last choice la terpksa operate jugak kaki ni


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs