KLIK KLIK

nuffnang

Tuesday, April 23, 2013

Merasai Keunikan Menginap Di Hotel Patuh Syariah…De Palma Ampang


wahh!!
bagusnya..perkembangan yg mengagumkan...
syabas..

PERNAH tak anda menginap di kamar hotel yang lengkap dengan sejadah, telekung, kain sarung, Al-Quran hingga ke peringkat diberi peluang menikmati air zam-zam secara percuma oleh pihak pengurusannya?
DSC_1672
Pernah tak apabila anda menatap sahaja muka anda di cermin hotel, anda terlebih dahulu akan melihat ‘Doa Melihat Cermin’ yang ditampal di satu sudut cermin tersebut.
DSC_1697
Begitu juga ketika anda hendak meletakkan kepala di bantal, pernah tak anda ‘terpaksa’ mengalihkan dahulu sekeping kertas yang mengandungi tazkirah (peringatan) mengulas beberapa potong ayat al-Quran…dan sebelum menutup butang lampu, anda diperlihatkan dengan ‘doa sebelum tidur’ yang dilekatkan di sebelahnya?
DSC_1659
Pernah tak anda menginap di hotel yang laluan dari lif hingga ke bilik dihiasi dengan bingkai ayat-ayat suci dan alunan Al-Quran?
DSC_1744
Malah lebih dari itu, pernah tak anda menghadiri seminar di bilik mesyuarat hotel yang lengkap dengan kurma, tamar…termasuk kayu sugi untuk kebersihan mulut?
DSC_1740
Oh sebelum terlupa, pernah tak anda merasai suasana persekitaran lobi yang mendamaikan bercirikan Islam?
DSC_1720
Akhir sekali, pernah tak anda pergi ke mana-mana lobi hotel yang bila masuk saja waktu solat, kita akan mendengar laungan azan berkumandang seolah-olah memenuhi ruang lobi itu?
Mungkin anda beranggapan kalau ada pun, hotel sebegitu hanya terdapat di negara timur tengah.
Kalau itu tanggapannya, anda silap!
Hotel De Palma Ampang sebenarnya ada semua perkara yang dinyatakan di atas termasuk telah mengkhususkan salah satu tingkat khusus untuk orang Islam yang inginkan suasana penginapan yang menepati konsep Syariah.
DSC_1752
Hotel berkenaan juga mempunyai surau yang cukup selesa dan dilengkapi dengan Imam sepenuh masa untuk mengetuai solat termasuk solat Jumaat dengan jemaah  mencecah 1,800-2,000 orang setiap minggu.
DSC_1765
Semua kakitangan wanita Islam juga memakai yang menutup aurat, di samping kelas-kelas agama untuk para tetamu dan kakitangannya.
Langkah baru dan inovatif ini telah mendapat  pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
DSC_1663
Kumpulan Hotel De Palma kini telah diiktiraf sebagai “Pioneer Hotel Patuh Syariah” bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia.
DSC_1691
Anugerah Halal Journal 2011 yang dimenangi mereka adalah bukti yang  hotel berkonsep Islamik mendapat pengiktirafan hingga ke peringkat global
DSC_1682
Jika anda hendak merasai apa yang kami nyatakan di atas tadi, Hotel De Palma sedia menyahut hasrat, impian dan salam anda.
Hotel tersebut terletak di Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point, Jalan Ampang. Ia boleh dihubungi di talian 03-4270 7070
Keunikan dan kelainan yang pasti mencipta keasyikan! – Mynewshub.my


2 comments:

Nafisa81 said...

yg ni mahal sikit. kalau nak yg murah sikit hotel bangi lanai. murah dan sambil tu derma utk rumah anak yatim dan madrasah milik owner hotel tu. pun islamiah jugak

Mrs.Izi said...

bgsnya.kagum aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs