KLIK KLIK

nuffnang

Friday, March 29, 2013

Darjat Kucing Di Mata Rasulullah SAW

time ni budoy kecit lagi...



Oleh : Ustaz Tuan Asmawi bin Tuan Umar (Fanpage:http://www.facebook.com/ustaztuanasmawi)
Pengasas Imam Muda & Ustazah Pilihan merangkap Pegawai Perhubungan Awam (Kanan) JAWI
Dengan Nama-Mu Yang Esa lagi Tinggi.
Selawat dan salam ke atas Kekasih-Mu serta ahli keluarga serta sahabatnya.
Sesuatu yang dapat dinafikan bahawa setiap individu memiliki hobi dan minat yang tersendiri dalam memenuhi ruang waktu mereka. Hobi dan minat tersebut sudah pasti bertindak sebagai penenang kepada jiwa. Baik, barangkali kenyataan saya hobi dan minat sebagai penenang ini berupaya mengundang tafsiran yang bervariasi dek kerana Islam menyediakan wahana ampuh dalam proses menenang jiwa iaitu dengan membaca serta bertadabbur (menghayati) al-quran,selain mendirikan ibadah-ibadah sunat dan juga melakukan perkara-perkara kebaikan sesama manusia. Tegasnya,ini adalah suatu medium yang tidak boleh disangkal (undeniable) lagi keampuhannya.
Setiap individu perlu ingat bahawa Allah swt menciptakan setiap makhluk-Nya samada makhluk hayy (makhluk yang hidup seperti manusia, binatang dan lain-lain) dan juga makhluk jaamid (makhluk yang beku iaitu tidak bernyawa seperti batu,kayu dan sebagainya) mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Maka disinilah menuntut manusia yang dikurniakan aqal untuk berfikir sambil merenung kehebatan ciptaan-ciptaan Allah swt yang melata di atas muka bumi ini.
Pastinya disebalik ciptaan-ciptaan tersebut bukannya satu tugas dan kerja sia-sia di sisi Allah swt.
Ini ditegaskan menerusi firman Allah swt yang bermaksud “Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.” (Ad-Dukhan: 38).

Maka daripada ayat-ayat dalam Surah Ad-Dukhan tadi sungguh sangat jelas bahawa segala sesuatu yang ada di muka bumi ini dan yang ada di langit serta apa yang ada di antara keduanya tidak ada yang sia-sia. Jadinya untuk siapakah semuanya itu? Untuk memahaminya kita juga boleh merujuk kepada firman Allah swt dalam ayat yang lain pula dengan maksud :
“Dialah yang telah menjadikan bumi terhampar buat kalian dan langit sebagai atap dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian, kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 22)
Dalam persoalan ini, adalah amat wajar kita merujuk kepada Ibnu Katsir t dalam Tafsir-nya (1/60) mengatakan: “Allah swt mengeluarkan bagi mereka (dengan air hujan tersebut) segala macam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang boleh kita saksikan sebagai rezeki buat mereka dan binatang-binatang ternak mereka sebagaimana yang telah disebutkan di banyak tempat di dalam Al Qur`an.”
Manakala pendapat yang lain turut juga dirujuk pandangan Asy-Syaikh As-Sa’di mengatakan di dalam tafsirnya (hal. 30): “Allah menciptakan segala apa yang ada di atas bumi buat kalian sebagai wujud kebaikan Allah swt bagi kalian dan rahmat-Nya agar kalian juga boleh mengambil manfaat darinya, bersenang-senang dan boleh menggali apa yang ada padanya.” Kemudian beliau mengatakan: “Dan Allah menciptakan semuanya agar manfaatnya kembali kepada kita.”
Tujuan penulis memberi tasawwur (pandangan) awal yang agak sedikit melebar daripada membincangkan langsung kepada topik kucing di sisi pandangan Rasulullah saw adalah bagi merungkai andai ada kekusutan yang berpendapat bahawa dengan membela haiwan jinak seperti kucing akan mengakibatkan banyak waktu-waktu yang sepatutnya dihabiskan itu terbuang dengan aktiviti-aktiviti yang tiada berfaedah seperti salah satunya memelihara kucing. Jadinya,adakah memelihara kucing itu membazirkan masa. Maka penulis ingin menyatakan Sabda Rasulullah Saw yang diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud dan Sunan At-tirmidzi – Nabi s.a.w. Sabda: “Kucing itu bukan najis, ia adalah binatang yg sering berdampingan dengan manusia.”
Sebagai manusia yang memerlukan belaian manja bukan sahaja daripada manusia malah juga haiwan peliharaan jinak seperti kucing dan sebagainya sudah pasti manusia akan meletakkan nama (tasmiyah) kepada haiwan peliharaannya,jika di kalangan masyarakat Melayu biasanya dinamakan Tompok,Danny,John,dan pelbagai lagi.
Justeru,tidak kurang juga Baginda Rasulullah SAW yang menamakan kucing kesayangan peliharaan Baginda dengan Muizza. Bukti sayangnya Baginda terhadap Muizza (kucing kesayangan) ialah pernah suatu ketika Baginda Rasulullah SAW ingin mengambil jubah,tetapi berkebetulan pada waktu Muizza sedang tidur nyenyak di atas lengan jubah Baginda. Maka,dengan senang hati Baginda memotong lengan jubah baginda untuk tidak menganggu Muizza yang sedang tidur. Betapa hebatnya pekerti kekasih Allah swt ini,dengan haiwan disantuni,dengan sahabat taulan disayangi malah musuh juga dikasihi.
Sebagai makhluk ciptaan Allah swt juga,Muizza iaitu kucing baginda itu memiliki hak untuk berterima kasih kepada tuannya ketika mana Baginda Rasulullah SAW kembali ke rumah, Muizza terbangun dan seolah-olah seperti menunduk hormat kepada tuannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali.
Dalam situasi yang demikian, pada ketika mana Baginda Rasulullah SAW menerima kunjungan tetamu di rumahnya, Baginda SAW selalu menggendong Muizza dan diletakkan di pahanya. Kucing juga makhluk Allah swt yang barangkali punyai cara untuk menagongkan pencipta-Nya.Salah satu sifat Muizza yang Baginda tertarik dan menggemari ialah ia selalu mengiau ketika mendengar laungan azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Masyaallah, hebatnya, kucing pun sanggup berusaha untuk mengikuti laungan dan menjawab azan, apakah beratnya mulut kita selaku manusia yang dikurniakan pancaindera sebutan yang hebat fasih, sedangkan azan begitu sukar untuk dijawab,lebih malang lagi tidak dihormati.
Sehubungan dengan itu,kepada para sahabatnya, Baginda SAW sering berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan yang layaknya menyayangi keluarga sendiri. Oleh sebab itulah,hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.Mohon dihindari dan dijauhkan oleh Allah swt.
Perkara ini Ibnu Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai,” (HR. Bukhari).
Apalah sangat yang perlu kita gusarkan sedangkan Baginda Rasulullah SAW sendiri menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Tegasnya,dalam kehidupan setiap insan ini selain berkomunikasi sesama manusia , dengan alam sekeliling , maka tidak ketinggalan juga makhluk ciptaan Allah swt yang turut mewarnai ekosistem alam yang menampakkan lagi kehebatan dan keagongan Allah swt.Sekian,Wallahu’alam.

Thursday, March 28, 2013

posto komen komen sudah di pos



beressss...
smlm daku da pos ye posto posto utk keputusan komen komen tu
kecuali yg x bagi address lagi la
nak tgu sumer lengkap x sangggup rasanya
malas nak pikir dgn keje yg melambak lambak
daku pos je dulu pada yg da bagi alamat..
tutup citer..hihihi..


guna pos biasa je...
so dlm 2 ke 3 hari sampai la kot..
insyaAllah..


Tuesday, March 26, 2013

free sample - colgate


hari ahad hari kurier dtg hntr brg
beria mengetuk pintu hari minggu
nasib baik x kuar rumah lagi time tu...
sekali bukak envelope rupanya
dpt sample colgate tecit nih..hihi
tapi dua nama...
ye lah 1 sample per household kan...


TQ colgate!


free sample - maggi


mana tau maggi nak bg free sample mcm dulu kan..hehehe
sbb ni produk baru maggi



klik SINI



Sunday, March 24, 2013

jom try buat cookies

hah..buat apa weekend?
jalan2 kot..sbb cuti cuti sekolah nih kan...
kalau x de projek meh buat kukis senang..hahaha
sebenarnya daku x suka sgt buat kukis
lebih suka buat kek..
sbb da siap terus masuk je dlm oven sebuku mcm tu
klu kapkek kena tgu gak la..
tpi cpt gak siap sbb besar2 kan
almaklum la,oven ku tecit je..hehehehe..

okeh resepi ni sbnrnya salah sorg customer daku yg bagi
smpi skrg kami masih berwasap tukar2 idea
kami punya minat yg sama..
suka buat kraf..buat kek..
alhamdulillah dpt kwn baru selain dari blog ni..
nama dia nora
duk kat terengganu..
seorang homemaker gak



semalam merajinkan diri utk try resepi nora bagi
nora kata try la buat
asben dia siap jual lagi kat opis..hehehe

okeh masuk dapur..kejap2 buat
kejap2 ke depan..haahaha
bukak esbox ada buah kurma dgn buah campur badam cincang
okeh guna tu je lah..testing
tgh2 mengadun,laaaaa...esen vanila abis..
sgt2 lupa nak beli..
nmpk esen pandan..campak jelah...
sgt derhaka dgn resepi..

ni resepi nya..
125g butter
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3/4 choc chips

senang kan...


Thursday, March 21, 2013

Asal-Usul Nombor Plat Kereta Malaysia


Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama.
Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.
Malah, pada masa tersebut, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -G1M–GAGASAN 1 MALAYSIA
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor


sumber : mynewshub



Sunday, March 17, 2013

keputusan komen komen



alamakkk...ada 6 org plak yg komen..hihi
FM de 4 je...
ok lah daku suh ensuami sebut je 4 no antara no 1 - 6
psl daku da tau kan saper yg komen kang x adil la plak..hahaha
okeh no yg ensuami sebut tu ialah
4
3
2
6

okeh so tgk sendiri la eh no masing2..
ikut turutan komen tu..

tapi x pe..yang lagi 2 tu daku bg gift lain
so pakat ramai2 email daku kamu punyer alamat ye
kalau boleh secepat yg mungkin  tau...
email kat sini ekinashikin [at] hotmail.com
gantikan [at] tu kepada @ mcm biasa ye..
kalau bg direct email..hahai..manyaknya spam masukkk
x larat nk delete da...

cepat2 sumer yg komen entri tu tu meh email daku details postage ye





Saturday, March 16, 2013

Gigi Kucing..lagi lagi kucing


hah..hari daku de hapdate pasal gigi budoy kan
gigi yg tercabut tu..
nah..kat bwh ni lah gmbr gigi tu...


ensuami la risau
cepat2 suh gugel carik psl gigi kucing patah ke tanggal ke...
rupanya mcm baby gak..
gigi susu patah boleh tumbuh balik..
daku x tau pon pasal info2 ni..
tapi sejal bela kucing ni dah jadik tau plak...
kucin demam pon da tau da..
kenal da gaya dia
smpi my sis kata 'da mcm doktor hewan da ko nih..'
daku anggap ni sebagai belajar la
klu x belajar x tau..
lagi byk kita belajar lagi byk yang kita x tau rupanya
salah satu info ttg gigi kucing boleh refer SINI



okeh budoy ni kawan gaduh kat rumah..
da buat salah pastu pndi diam2
buat rupa x bersalah..
x pon dia lari kuat2 nyorok kat mna2...
klu org da nmpk apa dia buat
hmmmm...sekejap je rumah dah sepah
kita tgk tv pastu toleh belakang da jdik mcm nih...
adooyaiii....
lunyai kertas tu ko keje kan...
bg extra keje la nih..



okeh klu dia ikut balik kg plak
senang je...mmg x masuk dlm sangkar
masuk dlm tote bag ni je...
pastu kena aircond zzzzzzzz....
da mcm baby dah...
duk blkg x mo plak...
x yah risau..sbb budoy da terlatih x membuang dlm kete
smpi dia jumpa clumping sand dia...
so klu nk kemana2 tu biasa daku x bg mkn 4 jam sebelum gerak
tapi kdg2 terlupa gak nk sorok mkanan dia..
tpi budoy x bwk masalah setakat ni
kalau nk singgah mna2
tgl jap dlm kete..tpi x de lah nk tgl dlm keadaan pns terik..
klu cuaca redup atau mlm je pernah kami buat...
kdg2 singgah RnR g mkn ke g toilet ke..
pastu gerak balik...




Friday, March 15, 2013

sila komen dan komen...

entri melekat sampai 15 March 2013


ok x FM kat bwh ni?
ada note book kecit lagi...
boleh ltk resepi ke..brg dapur nak beli ke..
huhu..siyes kuno cara itu...
tapi masih praktikal okeh..hehehehe...
tiada lama tiada baharu..
dan daku pon masih lgi guna cara tu..
byk je resepi2 yg kt kertas melekat kat esbok tu..hehehe



okeh xmo citer pnjg...
nak suh komen je pon kat entri ni..
ala ala simple GA gitu..
komen la apa nak di komen..
klu ramai yg komen daku kena lah cabut undi..
sbb daku nak bg FM kat atas ni...
kalau 4 org je yg komen..
senang kje daku..bg je 4 org tu FM ni..hahaha
tapi klu sorg je komen..dpt 1 je la..
jgn la rasa nak bolot sumer FM ni okeh..

selamat komen..dan komen...





oh ye..
kalau nak cari baju kurung moden,kain pasang,jubah moden,blouse
dan seangkatan dgnnya boleh cuci mata kat SINI
kalau sudi add la fren okeh....



Thursday, March 14, 2013

IKLAN : Buah Zuriat



daku pernah buat entri pasal buah zuriat nih...
okeh ada berita baik..
pada sesaper nak nak beli buah zuriat ni boleh dapat kan dgn harga yg berpatutan
cuma RM25 je termasuk postage
buah ni dijual sepasang lah biasanya ( 2 biji )
boleh contact direct ke:
Puan Ina ( SMS / Whatsapp )
017-2450528
atau emel pinkbiru10@gmail.com




landing...




ni picca semalam
budoy tido mcm2 gaya...huh..
abis sumer tmpt jadik tmpt dia...
suka2 hati landing kata mna..
pastu tmpt tu pon kita suka gak..
dah kena bgi kat dia plak...

hari ni gigi budoy patah..
haha...
patutlah dia x berapa nak mkn..
walaupon dia lapar..cium2 makanan dia pastu blahhh
tuan dia pun ikut naik hangin
beria mntak..dah bg x mkn..
bazir arrr...
rupanya gigi dia kot x best
lepas gigi tercabut
terus g dapur makan....
oooo...gitu..haahahhaa..


Monday, March 11, 2013

happy monday


morning...happy monday...
selamat bekerja ye...
daku bekerja dari rumah je..ngeeee...
alhamdulillah..
jumaat lepas balik kg...tgh hari tu buat kapkek untuk besday2


taraaa....baru kuar dari oven...

buat 2 adunan la...
tapi derhaka kat resepi mcm biasa..
sbb adunan kedua fresh milk abis
pastu guna susu coklat je..heheheh
tapi x ltk serbuk coklat la...
alhamdulillah..jadik jugak..yeayyy...



lepas piping cream cheese..
sikit je..yang lain x letak cream tu..



daaa...yang ni da cucuk flag kecit tu...



yang ni plak kek yg ummi zara tempah untuk walid zara
kek coklat..best..best..kaya betul dengan coklat = gemok..hahahaha
yang ni ummi zara tempah dgn sorg kakak tu nama dia gayah..hehehehe
harga RM85 sekilo..tapi bila da siap
berat jadik 3kg...makk aiii..
siyes kek ni berat...pastu best keknya..kira berbaloi gak la...
recommended okeh pada yg duduk area pagoh,muar,jorak dan kawasan seangkatan dgnnya...

.
..
.
.


zara dan kapkek...




mode:
happy dan busy




Thursday, March 7, 2013

dah nak siap..sikit lagi



alhamdulillah..
ni sambungan entri hari tu
dah nak siap da...
coklat da ada cover..
pastu flag kenit untuk ats kapkek tu pon da siap
tinggal nak letak je nanti
tak banyak pon...takat 24 flag kenit tu je...
so maksudnya dalam 24 biji kapkek je...

dah siap berbaju coklat ini



ni sebelum pacak lidi ye...



taraaa...dah siap..



ni plastik untuk isi barang2...


okeh nak g kedai plak
carik bahan nak buat kek..
tepung kek sumer da abis..kapkek paper pon tgl sikit
daku mmg suka keje2 gini..
buat dgn seronok..walaupon keje ni mcm remeh..
rambang mata tau time nak pilih design
pastu nak pilih plastik..hihi..
seronok time nak pilih barang2 nak buat birthday ni
banyak sgt yang cantik2...barang2 untuk party..

cabaran seterusnya
nak buat kapkek...insyaAllah kalau x hari ni
esok pagi lah...
kalau sakit M x dtg..haha


terima kasih untuk yang sudi singgah blog kecit ini
ada beberapa org jugak yg email daku personally
 tanya mcm mana nak buat sticker?
nak pilih design kat mana?
sumer daku da reply..
dengan harapan dapat membantu ye..
daku pon x pandai sgt..
tapi suka buat trial and error...
kalau jadik happylah kan...
daku paham..kdg2 nak buat untuk family2 je
nak upah sumer costly kan...



Wednesday, March 6, 2013

I pray for peace!



takziah!
untuk pejuang2 yg terkorban dan cedera..
nama kalian terpahat dalam lipatan sejarah..


Saturday, March 2, 2013

TAKZIAH: Komando terkorban insiden Lahad Datu


Al-Fatihah..
Takziah diucapkan kepada kedua-dua anggota keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46. 
Jenazah kedua-dua wira negara ni dah selamat dikebumikan


picca:mynewshub

rupanya pemberontak tu semua pura2 kibarkan bendera putih ye..
hmmm..x baik men tikam belakang nmpk..

Alhamdulillah 
my MIL semua selamat
sempat sms daku pagi2 tadi...

cool x my MIL
ada icon jelir lidah okeh time berSMS..hihi..
harap semua settle cepat..



menyampah betul..
benda2 gini yg melibatkan kematian dan tugas mempertahankan negara pon
ada org nak politikkan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs