KLIK KLIK

nuffnang

Thursday, June 27, 2013

si budoy da complete vaksin


lama tak story pasal si budoy
skrg si budoy dah membesar dgn jayanya
dah start gatal..hehehe

kami plan nak kembirikan budoy
tapi bukan senang nak ambil keputusan tu
gugel la pendapat dlm islam
mcm2 lagi la pro and cons klu dah kembiri
majoriti adek badek kata kesian kat budoy
huhuhu...ensuami memula beria nak hntr vet
smpi waktu da bagi puasa si budoy tak sampai hati...
so keputusan..tak buat lah...

skrg bodoy bebas..da kuar2 rumah
asal dia meow2 gatal tu kami bagi kuar rumah
gi lah budoy carik bini sendiri ye
"daku ckp dgn ensuami dah nak menantu dah ni"
haahahhaha...smpi waktu pukul 6 ke 630 ptg mcm tu kdg budoy balik sendiri
kadang payah kena cari kat tingkat atas la
perhati2 jugak..sbb rumah rupa sama je kan
so dia tak tau..selalu slh rumah pegi rumah atas yg kosong
duduk situ..so panggil2 dia suh dia ikut turun
supaya dia tau jalan nak balik lain kali..

dulu mmg x bagi budoy keluar sbb belum complete vaksin
skrg da complete vaksin
so tak lah risau sgt..


si budoy kepoh



da complete 3 kali vaksin..
skrg nk ulang yg yearly plak..



info ttg vaksin kucing


Dalam banyak-banyak penyakit, semestinya jangkitan VIRUS / VIRAL infection pada kucing adalah yang paling menakutkan! Hanya boleh terbayang kucing anda akan semakin lemah, hilang selera makan, muntah hijau dan akhirnya mati... Sedihkan? Jadi untuk menghalang jangkitan VIRUS MAUT ni, pemberian vaksin mengikut jadual adalah sangat penting.

Tujuan vaksin diberikan adalah untuk melindungi kucing kesayangan anda daripada dijangkiti penyakit-penyakit yg boleh membawa MAUT. Selepas kucing anda di vaksin, "askar-askar" di dalam badan kucing akan diaktifkan untuk membina daya tahan terhadap penyakit2 yang berpunca daripada mikroorganisma yang berbahaya...!

Kadang-kadang kita ni, bela nak tapi nak spend some money for the well being of your cats tu mcm berat sikit. I can understand those yang ada berbelas-belas atau even berpuluh-puluh kucing dalam jagaan,
I highly appreciate hobi dan kasih sayang anda kepada mereka. 

Tapi seperti memelihara bayi / anak anda sendiri, membela kucing juga adalah satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada pemilik masing-masing. Sekiranya kucing anda jatuh sakit, demam, cirit-birit dan sebagainya, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk merawat / membawa mereka ke Vet yang bertauliah.

Jom kita baca tentang penyakit2 yang boleh dielakkan :

1)   FELINE PANLEUKOPENIA (FPL) 
Nama virus ni sendiri dah tergeliat lidah nak sebut, apatah lagi kucing yg terkena virus maut ini. Penyakit ini disebabkan oleh Virus yang MUDAH BERJANGKIT dan BOLEH MEMBAWA MAUT terutamanya anak kucing.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Demam panas, muntah, cirit-birit. Sekiranya ibu kucing yg sedang mengandung dijangkiti VIRUS MAUT ini, atau anak-anak kucing yang berusia 2 minggu ke bawah, perkembangan otak fetus / anak kucing itu tadi akan terencat dan akhirnya mati.

2)  FELINE VIRAL RHINOTRACHEITIS (FVR)
Penyebab utama penyakit sistem pernafasan pada kucing.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata)

3)  FELINE CALICIVIRUS
Satu lagi penyebab utama penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain (seperti FVR) dan bakteria.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Vesikal pada lidah, kerap bersin, hidung dan mata berair, batuk, konjunktivitis (radang pada mata).

4)  CHLAMYDIA PSITTACI 
Bakteria yang menyebabkan penyakit sistem pernafasan. Keadaan bertambah teruk jika terdapat jangkitan virus lain. Chlamydia adalah penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia! (menyebabkan demam dan radang mata)
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Radang mata, mata dan hidung berair.

 5)  FELINE LEUKIMIA (FeLV)
Bagi saya, Virus ini adalah yang paling bahaya kepada kucing.
Penyakit ni disebabkan oleh virus yang berupaya menyebabkan kelemahan sistem imunisasi dan anema serius kepada kucing-kucing. Satu pertiga daripada kanser kucing adalah disebabkan oleh VIRUS MAUT ini.
***TANDA-TANDA JANGKITAN  :  Pucat, berat badan menurun, keguguran (jika kucing mengandung), masalah kulit, cirit-birit, kanser, dan akhirnya MAUT.

JADUAL PEMBERIAN VAKSIN:

***VAKSINASI PERMULAAN :
--> DOS PERTAMA :  Ketika anak kucing berusia 6 Minggu
--> DOS KEDUA :  Ketika usia 9 Minggu
--> DOS KETIGA : Ketila usia 12 Minggu

***VAKSINASI ULANGAN / BOOSTER :
--> SETIAP TAHUN! (YEARLY)

KOS VAKSINASI KUCING:

***VET KERAJAAN : RM 20.00 - RM 35.00 (SEEKOR)
***VET SWASTA : RM 35.00 - RM 45.00 (SEEKOR)

**Program Vaksinasi bergantung kepada cadangan doktor perubatan Veterinar anda.

klu tempat daku hntr budoy selalu kat klinik bandar baru uda
kat corner lot tu..
sekali vaksin RM50 dgn dewormed sekali
klu nak kembiri hntr kucing pagi
ambil semula ptg..itu klu kucing jantan
caj RM80
klu kucing betina lain la sbb cara kembiri tu lain..



Tuesday, June 25, 2013

apa pendapat anda?



hmmm..daku x minat nak cerita pasal politik
nak terbabit jauh sekali
lagi tak best klu ada org yg tag kita pasal politik kat FB
aiiyakkk...wa x layan la...

tapi tu tak bermakna kita tak perlu menyokong tindakan kerajaan lansung
bagi golongan yg x berapa nak berada
bantuan kerajaan sangatlah bermakna
bersekolah di sekolah kerajaan
sambung belajar di IPTA ( pun kerajaan )
dpt bantuan PTPTN pun dari kerajaan
(walaupun kena byr balik lebih dari apa yg dipinjam)
BR1M

ada org kata
' aku boleh bagi anak aku belajar nanti tak payah guna PTPTN,
guna duit KWSP aku je nanti,PTPTN tu bukan nak tolong,tapi nak cekik duit student '
hmmm..terpulang pada pendapat masing2 la..
tapi perlu diingat tak semua ibu bapa ada potongan KWSP
kesian pada yg tak mampu

jalan2 terjumpa dan baca ini..
pendapat masing2..rakyat berhak bersuara
tapi saya setuju dgn statement penulis itu..


sumber & entri penuh di SINI



apa2 pun tenang tenangkan hati
tak lama lagi nak puasakan....
sekejap je nak dtg ramadhan lagi


Monday, June 24, 2013

redeem kali ketiga aip online survey


alhamdulillah...
dpt lagi redeem point dari aip online survey ni
ni kali ketiga daku redeem..
insyaAllah dpt voucher nti boleh soping kat giant ye..heehhe
laju je tgn klik redeem bila da cukup 2000 point
xmo kumpul2 da..
kang hilang point tu..serik okeh..



walaupun x byk just RM20 je..
tapi ok lah..syukur
xde pon org nak bg suka2..
da sambil2 online jwb survey ni dpt gak hasilnya..
tapi kali ni daku tukar address ke alamat kg plak
nti dpt kat mak ayh..
sila la mak ayh soping dgn voucher tu nti..heehehe
daku dah merasa 2x dah
bagi mak ayh plak la..poyo kan


nak join sekali boleh la ke SINI


Sunday, June 23, 2013

berhari minggu berjerebu



berhari minggu dgn jerebu sgt teruk kan..
nk tgk flat pekerja kilang belakang ni pon samar2
tapi alhamdulillah hari ni da ok sikit...

tapi kesian plak kat parent kat muar tu
mak ayh ckp mcm dah maghrib da walaupon hari siang
nak tgk rumah jiran depan pon da x nmpk
bertutup la tingkap pintu sumer
tu pon masih masuk jugak la jerebunya

latest info mengatakan da melebihi paras bahaya
dah darurat..ensuami ada gak call ayh tadi..
ajak dtg ke jb..confirm la derang xmo..hehehe
tapi hari ni macam da ok sikit mak kata
mungkin angin terbang..sila lah bwk jerebu tu jauh atau hilang terus


Darurat: Johor Senarai 9 Langkah Segera

Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Johor menggariskan sembilan langkah segera susulan pengisytiharan darurat bencana jerebu di Muar dan Ledang hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam posting di Facebook beliau berkata, langkah tersebut merangkumi semua premis pejabat kerajaan serta swasta dan lain-lain tempat bekerja.

Sembilan langkah tersebut ialah: – Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari.

- Menentukan semua sekolah ditutup – Mengehadkan penggunaan kenderaan persendirian – Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah – Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada media massa dijalankan seberapa kerap – Penguatkuasaan pengharaman pembakaran terbuka.

Bagaimanapun, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak membabitkan: – Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya – Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat – Perkhidmatan-perkhidmatan perlu. – BERNAMA

sumber: mynewshub


time2 jerebu mcm ni ada gak org yg bakar sampah..
mcm la diri dia tu special sgt boleh buat sesuka hati walaupon pembakaran dia tu kecik...
yg smoking..sendiri mau igt lah...


Friday, June 21, 2013

ole ole dari mak


hari tu mak pegi langkawi dgn mokteh
jln sakan okeh...
kami da pesan x yah beli apa2
tgk dulu nti suh adik daku beli time dia pegi
nanti susah nak bwk brg naik feri
biasalah klu pegi kang confirm klu boleh 1 pulau nk diborong
makcik2 ni sakan tengok periuk belanga sudu garpu cawan
pada hal da melambak kat rumah
tu belum lagi tgk set vintage corelle vision dll
ikutkan nafsu confirm nak beli..hehehehe

last2 mak beli gak set cadar la bagai..
coklat sudu garpu untuk anak2 dia...
tu yg dpt ole2 dari langkawi...


TQ lah mak...


mode: happy



Thursday, June 20, 2013

siapa sangkakan...


rasanya semua pun tau pasal pembangunan drastik untuk kawasan pagoh
lagi2 tentang hab pendidikan tinggi pagoh
siapa sangkakan tanah selapang seluas ni yg dulu kawasan kelapa sawit
dah lapang kena tolak...

dulu time sekolah menengah
lepas balik sekolah..naik bas sekolah panchor
pastu turun kat simpang nak masuk panchor
nanti ayh akan amik bwk balik
sbb tmpt kami xde bas sekolah..hehehe
tp kat simpang yg lama la..
skrg simpang tu pon da baru sbb jalan pon da kena potong..
tu semua cerita lebih 10 tahun dulu...

sekarang
.
.
.



gambar2 ni daku snap dari dlm kete je..
otw nk pegi bukit gambir time ni..
ada sikit keje landskap dah dibuat skrg..
lori lintas jalan..
so kena ada pekerja yg jaga..









“Projek yang bakal mengubah wajah kawasan utara Johor itu akan dibina di atas tanah seluas 202.3 hektar. Ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga hingga empat tahun. Setakat ini, empat institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Tun Hussein Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan sebuah politeknik bersetuju membuka cawangan di Pagoh. Presiden Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Nasional (P-I-B-G-N), Profesor Madya Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, usaha menjadikan Pagoh sebagai Hub Pendidikan Negara bukan sahaja membuka ruang pelaburan sektor pendidikan, malah turut menggalakkan pembangunan ekonomi. Manakala masyarakat setempat akan memperoleh nikmat pendidikan yang lebih bermutu. 


Wednesday, June 19, 2013

Bunga telur felt lagi


time ni tgl lagi sikit je nak abiskan buat bunga telor ni
pastu nak pos ptg ni gak..hehehe
ada rupa bentuk botol susu x?
customer yg request nak bentuk ni...
di sebabkan baby lelaki guna la warna biru..


ok tu jer nak story...
ada yg nak tanya apa2 ke nak daku buatkan jugak
jgn la malu..
boleh je email kat pinkbiru10[at]gmail.com
x pon boleh je wasap ke wechat ke 016-2958313


Friday, June 14, 2013

free sample & free keychain


bukak2 posbox dapat gift free..
suka lah hati ni...

yang ni dari johnson & johnson
bedak..jimat lagi..hehehe
TQ lah ye..lenkali hntr lagi


yg ni plak keychain dari dori deco
skrg tgh ada photo contest
saper yg join akn dpt keychain
cepat derang ni hntr keychain..

I love MOM tertulis kat keychain tu
masih boleh join lagi klu nak



ptg ni nak balik kg..
suka...


Wednesday, June 12, 2013

wordless


inilah menyebabkan daku sgt busy sepanjang bulan 5
again and again....
latest our handmade bunga telur lah..






Wednesday, June 5, 2013

bog bad wolf johor


start dari cuti sekolah 24 may - 2 june 2013
ada big bad wolf kat expo danga city mall
suka lah ensuami..
dulu siap ajak g mines tapi x dpt nak pegi
ni dah dekat je dgn opis ensuami
memborong buku..
haiii...sampai 3x ulang pergi
setiap kali pergi confirm ada membeli lah...

sgt best2 buku2 yg ada...
seronok sgt smpi lenguh2 kaki kat dalam tu
tapi hasil mmg la berbaloi

ni hasil pergi kali pertama
mcm2 buku ada..
hasil rembatan kami..buku micheal jackson dgn lady diana tu daku punye
hihihi..buat koleksi..
buku cakes & cakes tu best..
resepi pun senang2 je dan senang paham..


ni dlm buku flanimals...
buku 3d..
rembat gak..walaupon buku utk kanak2
tapi best je tgk
zaman kecik dulu xde buku gini...
lagi pon murah je RM5
sgt lah berbaloi2...



pergi kali kedua dgn kali ketiga
dah boleh agak dan aim mna tempat nak pergi..
sbb da explore masa 1st itme pergi...
so rembat lah apa yg ada..
total buku kami soping 22 buah buku...yeahhh....
dgn harga RM154 sahaja...



nanti ada BB W niconfirm pergi lagi..
seronok


Tuesday, June 4, 2013

sunset danga bay


lama ensuami x kuar g amik2 gambar..
ahad lepas ensuami ajak kuar 
lepas g beli brg dapur..
yg dekat pon kat danga bay je..
test lens baru katanya kat danga bay..


time kami sampai tu x ramai org lagi..
tgh panas lagi time tu..
disebabkan musim cuti sekolah
ramai la perantin2 yg dtg amik gmbr kat sini


bosan tgu sunset..
smpi amik gmbar kasut..
tapi kasut ni best..murah je pon
beli kat pasar karat..
pastu pki x melecet pon..hehehe
selesa..


masa sampai tu..
da ada da 2 ke 3 tripod da stand by nak shoot time sunset
ensuami g tgk2 area tu
da ok katanya
pacak la tripod dia plak

tgu sunset lama..
tapi nk hilang sekejap je..
so kena cepat2 la time ni..
berkejar ke sana ke mari nk dpt angel yg cantik..


ni lah hasil yg ensuami dapat amik...
da jd cover fb da..heehehe..


alhamdulillah..
rezki awal bulan june..
mlm tu cousin daku sms nk ensuami amikkan gmbr kawen derang
sbb kameraman dia accident
ok la tu..walaupon bidan terjun...
tapi buat kos bajet je lah...


Monday, June 3, 2013

welcome june...



alahaii..
byknya yg tertinggal citer kat blog nih...
mencari semangat untuk menghapdate semua yg tertinggal..
alhamdulillah..
kerja2 untuk bulan mei dapat disiapkan dgn sempurna...

apa2 pun...
wishing u a happy monday dulu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apa ada?

kisah ku (551) info (301) giveaway (232) free sample (77) hadiah GA (47) hiburan (28) giveaway aku a.k.a pinkbiru (22) review makanan (18) si budoy (17) kawan2ku (16) jalan2 (11) contest (10) raya 2012 (8) anak sedaraku (7) kesihatan (7) FM (5) iklan (5) tempahan (5) joint problem (4) plushie (4) sticker (4) tubuh (4) bunga telur felt (3) family (3) langsir (3) legoland (3) lutut problem (3) masterchef selebriti (3) pulau manukan (3) red velvet cake (3) the zon stulang (3) zalora (3) VCO catalyst (2) aip online survey (2) big bad wolf (2) buah zuriat (2) buang kulit mati kaki (2) cantik (2) danga bay (2) ikan bakar danga bay (2) insiden lahad datu (2) kacang pool haji (2) langkawi (2) loccitane (2) loyang pai (2) mini GA (2) new year (2) plain fox material (2) rempeyek (2) reward blog (2) runner (2) sabak awor (2) sakit gigi (2) BR1M (1) Hj Sharin Low Grand Restaurant BBU (1) Ipad 1 Malaysia (1) My Steamboat and Grill (1) P1 (1) a farmosa (1) aidil adha (1) air terjun gunung ledang (1) album bajet (1) astro e-billing; auto debit (1) baby foot (1) bamboo charcoal bread (1) bank islam (1) baskin robin (1) brown paper bag (1) bunga tisu (1) cake in jar (1) cameron (1) churp churp (1) cookies senang (1) digi (1) durian spring roll (1) epal pai (1) felt (1) felt brooch (1) flannel material (1) gadjet (1) gayang seafood restaurant (1) gift voucher (1) giv (1) hab pendidikan pagoh (1) haiwan (1) hotel patuh syariah (1) hutan bandar (1) hutang (1) ikan bakar pasar filipin (1) jerebu (1) kampung nelayan tun fuad stephen (1) karamel kukus (1) kfc am (1) kisah (1) krishna fish head curry house (1) kucing (1) kutu kucing (1) labu siam (1) laura ashley shopping beg (1) loan (1) lokan dan kelapa bakar (1) medan ikan bakar crystal bay (1) mekap mekap (1) melaka (1) menara taming sari (1) merokok (1) mimpi (1) movie (1) nasi lemak (1) ngaku chips (1) nuffnang (1) otak-otak (1) pakej photo album bajet (1) penuaan (1) pet world (1) petrosains (1) phewtick (1) pink ribbon (1) pixajoy (1) popcorn poco (1) popthesoda (1) prayforMH370 (1) pretzle mini (1) produk kaki (1) puasa (1) redeem punchtab (1) rumah terbalik (1) sate (1) sawah ring (1) serawa durian (1) simple pouch (1) sspn (1) tanjung emas (1) tanjung ketapang (1) tanjung leman (1) tripod (1) up (1) vaksin kucing (1) vernonchan.com (1) voltaren (1) wanitamelayu.com (1) western murah (1) zaman dulu (1) zoo melaka (1)

networkedblogs